SJ-11-0241 : menipu untuk mendapatkan duit yg di tipu?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0241 : menipu untuk mendapatkan duit yg di tipu?

:salam

disini sy ade soalan berkaitan pertukaran wang.sewaktu sy menukar mata wang,sy telah ditipu di mana nilai mata wang yg di janjikan selepas pertukaran dari dolar US ke egyptian pound tidak cukup sebanyak 100 egyptian pound.sememangnya,pengurup tersebut kerap menipu pelanggan.pertanyaan sy,bolehkah sy manggunakan sedikit muslihat seperti berpura2 handak menukar wang,tetapi sy mengambil sebanyak 100 egyptian pound dari pengurup tersebut,kemudian memberitahunya sy tidak jadi menukarkan wang(untuk mendapatkan semula duit sy yg telah di tipu)..

:wassalam

albaruhiyy (not verified)
SJ-11-0241 : menipu untuk mendapatkan duit yg di tipu?

JAWAPAN
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:
Soalan saudara, kami boleh ringkaskan dengan maksud menipu untuk menolak kezaliman. Adakah harus atau tidak? Ia juga boleh disamakan dengan masalah member rasuah kerana untuk menolakkan rasuah.
Rujuk :[ http://www.islamtoday.net/fatawa/quesshow-60-120018.htm]

Cuma kemusykilan kami, bagaimanakah cara pertukaran saudara? Dalam pertukaran matawang disyaratkan al-taqabud fi al-masjlis [serah terima dalam satu majlis]. Jika tidak maka ia akan termasuk dalam riba.

Berbalik kepada masalah menipu, hukum asal menipu adalah haram. Termasuk juga menipu untuk mendapatkan duit. Ini jelas dalam al-Qur’an dan hadis. Firman Allah Taala dalam surah al-Nisa’ ayat 29:
Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

Namun, kadang kala ada orang dizalimi lantaran itu, haknya dipersia-siakan. Maka sekiranya saudara merupakan orang yang dizalimi dan saudara adalah sahib al-haqq [orang yang mempunyai hak], ada ulama yang mengharuskan saudara melakukan perkara haram (tipu/rasuah) semata-mata untuk menolak kezaliman tersebut, jika tiada jalan lain lagi untuk mendapatkannya semula.

Walau bagaimanapun, lebih afdal, anda bersabar sehingga anda mampu mendapatkan semula hak anda dengan cara halal.
Nasihat kami, hati-hati bila hendak menukar mata wang, hendaklah anda mengira dahulu sebelum meninggalkan tempat pengurup.
Wallahualam.