SJ-11-0242 : Dapat Sponsor Unt Umrah, Tapi....

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0242 : Dapat Sponsor Unt Umrah, Tapi....

Assalamualaikum ustaz..

saye da 1 kemusykilan...
dikolej saya ada anjurkan 1 program utk ke umrah...

jadi 29 peserta(pada awalnya) ke semuanya perlu cari sponsor utk bantu dari segi kewangan..

masalahnya,
pada fasa kedua..
akan ada penyingkiran utk menghadkan peserta..

Tentang pelajar yg disingkir

1) Macam mana dgn duit peserta yg dia minta dari kerajaan negeri,khas utk ank2 negeri,lepas die kena buang,duit tu x di kembalikan.. duit tu jadi haram ke?sbb duit tu mmg di beri kat die..

2)Saye dah pernah pergi umrah...tp peserta yg disingkir tu,xpernah pergi lagi..perlu ke saye bagi tempat saye kat die?klu saye pergi juga..apa hukumnya?

harap ustaz dapat membantu...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0242 : Dapat Sponsor Unt Umrah, Tapi....

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Berdasarkan apa yang saudara sebutkan, jelas penganjur program ini bertindak zalim terhadap peserta-peserta yang tersingkir.

Kerana, setiap peserta perlu mendapatkan sponsor masing-masing dari mana-mana pihak (spt kerajaan negeri). Dan saudara mengatakan wang dari sponsor itu diberikan kepada dia sendri. Kemudian, diserahkan wang itu kepada penganjur. Tetapi apabila dia tersingkir, wang itu tidak dikembalikan kepadanya.

Maka penganjur telah menggunakan wang orang lain dengan cara yang zalim.

Adalah lebih baik peserta yang berjaya mendapat sponsor untuk umrah, pergi menunaikan umrah dengan pakej umrah biasa.

2) Dibimbangi sebahagian daripada belanja umrah pakej tersebut adalah dari wang yang dikutip secara zalim dari peserta-peserta yang tersingkir.

Wallahu A'lam.