SJ-11-0247 : Zakat orang muallaf

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0247 : Zakat orang muallaf

:salam
mohon penjelasan tentang muallaf... dia termasuk dalam asnaf yg layak menerima zakat ke? atau dia juga kena bayar zakat? terima kasih. :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Zakat orang muallaf

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Muallaf yang layak menerima zakat terbahagi kepada muallaf yang masih kafir, dan muallaf yang sudah masuk Islam. Kedua-dua kumpulan muallaf ini boleh diberikan zakat kepada mereka berdasarkan maslahah supaya yang kafir berminat masuk Islam, dan yang sudah masuk Islam terus istiqamah dengan Islam, atau boleh menarik kaumnya untuk sama-sama masuk Islam.

Tidak semestinya orang yang menerima zakat, tidak perlu membayar zakat lagi. Malah, orang muallaf yang sudah masuk Islam jika kadar hartanya cukup nisab dan haul mesti menunaikan juga zakatnya, di samping berhak menerima zakat atas nama muallaf.

Begitu juga amil-amil zakat, berhak menerima sebahagian harta zakat, dan dalam masa yang sama wajib menunaikan zakat jika cukup syarat-syaratnya.

Wallahu A'lam