SJ-12-0095 : mahram juga ke mak saudara ipar..??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0095 : mahram juga ke mak saudara ipar..??

assalamualikum,

Apakah hukum aurat (pandangan) dan sentuhan (bersalaman) dengan:

Ipar perempuan kepada Ibubapa (Isteri bapa saudara)?

- Antara saya dengan (emak saudara) ipar perempuan ibu bapa saya. Isteri kepada adik/abang ibubapa saya sekiranya ana adalah lelaki...??

Mahram kekal ada tiga kelompok:
1. Mahram kerana nasab (keturunan)
i) ibu kandung
ii) anak perempuan
iii) anak perempuan dari saudara lelaki
iv) anak perempuan dari saudara perempuan
v) ibu saudara dari sebelah ibu
vi) ibu saudara dari sebelah bapa

Dalil: anNisaa': 23

adakah Ipar perempuan kepada Ibubapa (Isteri bapa saudara) termasuk dalam kategori yg dinyatakan di atas?...karana yg dnyatakan disini bukan ipar kan..?

dan adakah mereka ini termasuk dalam mahram kerana ikatan perkahwinan..??...
pohon penjelasan...

SJ-12-0095 : mahram juga ke mak saudara ipar..??

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan hakim-eze dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Status 'ipar' bukanlah dikategorikan sebagai mahram kerana Mushaharah (besan/ipar) Atau Sebab Pernikahan. Kerana mahram kategori tersebut hanyalah terhad kepada :-

a. Menantu lelaki dengan mertua wanitanya, atau ibu dari isteri (mertua wanita).
b. Suami dengan anak wanita dari isteri (anak tiri yang wanita).
c. Mertua laki-laki dengan menantu perempuannya, atau isteri dari anak laki-lakinya.
d. Lelaki dengan ibu tirinya, atau isteri dari bapa.

Ibu saudara Ipar statusnya adalah Mahram muaqqat (sementara). Yang diharamkan adalah berkahwin dengannya (semasa dia masih bersuami), kerana dia adalah isteri Bapa saudara kamu (isteri orang). Hukum yang lain termasuklah :-

a. Haram bersentuhan.
b. Haram berdua-duan (khalwat).
c. Haram bemusafir berdua.
d. Haramnya untuk melihat atau terlihat sebahagian aurat seperti kepala, rambut, tangan dan kaki. Seluruh tubuh wanita itu menjadi aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangan.

Sila lihat Soal Jawab berikut yang memaparkan susunan Mahram :-

SJ - 2723: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=14729&

Sekian, wassalam.

خيرالأمين