SJ-12-0187 : Nikah sirih

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0187 : Nikah sirih

As alaikum

apakah yang di maksudkan dengan NIKAH SIRIH......

wasalam.

SJ-12-0187 : Nikah sirih

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

sebelum menjawab soalan, perlu diketahui apakah yg dimaksudkan dengan NIKAH SIRIH. kerana kaedah: meletakkan hukum atas sesuatu adalah cabang daripada memahami masalah tersebut.

Istilah yg biasa didengar iaitu NIKAH SIRIH merujuk kepada akad nikah yg dilakukan secara sembunyi atau rahsia, tidak didaftarkan kepada pihak berkuasa (pejabat agama dll). Kalau sekarang, mungkin boleh kata, org yg menikah di siam.

mungkin diambil daripada bahasa arab, iaitu SIRRI yg bermaksud: rahsia.

hukumnya: Jika mencukupi segala rukun nikah, iaitu pengantin lelaki, wanita, wali, saksi dan mahar, maka sah lah nikah seperti ini.

Cuma amatlah tidak digalakkan kerana:
-kewajipan taat kepada pemerintah dalam perkara yg bukan maksiat.
-Nabi SAW menggalakkan supaya diumumkan perkahwinan kepada org ramai. Sabda Nabi: "Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing".
-supaya tidak timbul fitnah.

wallahu a'lam.