SJ-12-0274 : Suami Nak Kawin Sebab Isteri tidak Mampu...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0274 : Suami Nak Kawin Sebab Isteri tidak Mampu...

Assalamualaikum Wmt Wkt, Didoakan semoga semua ahli panel berada dalam kesejahteraan dan inayah Allah

1. Apa pendapat ahli-ahli panel jika suami yang mampu ingin berkahwin seorang lagi dengan alasan isteri tidak mampu menlayan suami setiap malam? Adakah ini keterlaluan?

2. Apakah maksud mampu bagi suami yang ingin berkahwin lagi

Jzkmllh

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0274 : Suami Nak Kawin Sebab Isteri tidak Mampu...

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Alasan ini tidaklah keterlaluan. Syeikh Mohammad Salih Munajjid didalam audio jawapannya kepada isteri yang tidak dapat melayan keinginan seks suaminya yang tinggi mengatakan : “Alasan yang anda nyatakan didalam soalan anda adalah asas yang mencukupi untuk mengambil isteri lagi seorang”.

2. Disini saya bahawa petikan fatwa Syiekh Ibn Utsaimin rh berkenaan dengan syarat MAMPU sebagai kondisi berkahwin lebih dari satu. Kata beliau :-

ÇáÒæÇÌ ÈÃßËÑ ãä ÒæÌÉ æÇÍÏÉ ÃãÑ ãØáæÈ ÈÔÑØ : Ãä íßæä ÇáÅäÓÇä ÚäÏå ÞÏÑÉ ãÇáíÉ ¡ æÞÏÑÉ ÈÏäíÉ ¡ æÞÏÑÉ Úáì ÇáÚÏá Èíä ÇáÒæÇÌÇÊ .
dir="ltr"> “Berkahwin lebih dari satu isteri adalah perkara yang dituntut dengan syarat : seseorang itu hendaklah mempunyai kemampuan harta, kemampuan fizikal dan mampu berlaku adil diantara isteri-isterinya” (Fataawa Islamiyyah, 3/205).

Imam Syafie rh didalam membicarakan mengenai ‘berlaku adil’ menyebut : “Adalah Sunnah Rasulullah :saw dan pandangan kebanyakkan ulama’ menunjukkan bahawa seorang lelaki hendaklah membahagi-bahagikan masanya, malam dan siang, disisi isteri-isterinya, dan mesti membahagikannya sama rata, dan tidak dibenarkan berat sebelah didalamnya” (al-Umm, 5/110)

Sekian, wassalam

خيرالأمين