SJ-13-0065: Hubungan adik beradik

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0065: Hubungan adik beradik

Assalamualaikum

Ustaz, masalah saya berbunyi begini, saya ade abang kandung yang berumur 46 tahun, diringkaskan cerita dia nie amat mengecewakan dari apa segi pun tingkah lakunya, hisap dadah, minum arak, pernah berzina dll, melawan cakap ibubapa tak usah cakap la sudah beribu2 kali agaknya. saya adik yg bungsu berumur 34 tahun, sepanjang saya membesar saya dah perhatikan pelbagai kesalahan dan kemungkaran yg dilakukannya. sampailah sekarang dia ade 2 org anak dan perangainya macam tu juga lah selalu menyusahkan kedua ibubapa saya. adik beradik yg lain seramai 6 orang semuanya hebat2 belaka. dipendekkan cerita masalah saya berbunyi begini :

1- boleh tak kalau saya berkasar dengannya ?? dlm ertikata lain saya cuba menegur dgn cara kasar. saya selalu diingatkan oleh abang saya yg lain bahawa berdosa kalau kurang ajar dengan abang kandung. pendapat ini disokong oleh ibubapa saya. saya menyanggah pendapat mereka , hujah saya ialah dlm islam pun ada pelbagai peringkat berdakwah untuk tujuan kebaikan, kalau jenis yg keras maka lawannya keras juga. saya sudah geram melihat perangai abg saya yg tua tu, selama nie pon pelbagai cara diplomasi telah digunakan namum menemui kegagalan. sudah berpuloh tahun saya sebagai adik melihat perangai nya yg semacam itu, ibubapa saya selalu mengadu dgn adik beradik yg lain , tapi bila nak marah kami di tegur supaya hormat pada abang yg lebih tua. pada pendapat saya kerana ' approach' begilah yg menyebabkan abg saya yg tua tu jadi begini.

2- kalau hormat dengan ibubapa, saya faham, kita memang tak boleh walaupon meninggikan suara dengan ibubapa, tapi bagaimana pula dengan abang kandung ?? apa penyelesaiannya dlm islam ??? apa bolehkah kalau saya hanya bersalam saja dengan nya tanpa mencium tangan ?? kadang2 saya ditegur oleh abang yg lain kalau tak mencium tangannya kerana itu wajib dlm islam hormat yg lebih tua, hujah saya dlm islam jangan putuskan silaturrahim, cium tangan tu cuma adat saja, org arab peluk badan, apa pandangan ustaz dlm hal nie, dan apa hujahnya dlm islam.

saya akur walaupun yg benarnya ianya tidak menyebelahi saya. saya akur apa islam kata. saya akan tunduk dan patuh. saya harap setiap penjelasan ustaz diberikan dalil dan hadis sekali supaya mudah saya bacakan yg hak didepan ibubapa dan adik beradik yg lainnya.

Re: Hubungan adik beradik

:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Soalan di atas adalah di sekitar beberapa perkara:
1. Masalah hubungan adik beradik.
2. Masalah amar makruf nahi munkar.


1. Masalah hubungan adik beradik.
Di dalam Islam, hubungan kekeluargaan adalah hubungan yang cukup akrab. Hubungan darah daging itu tidak terhenti setakat pada nama sahaja. Antara contoh2nya:
- Adik beradik lelaki perempuan diharamkan nikah, tidak batal air sembahyang. Dalam urutan wali, saudara lelaki boleh menjadi wali kepada saudara kandung perempuannya.
- Dalam masalah waris. Saudara berhak menerima pembahagian faraidh.
- Dalam pembayaran diyat utk kes2 jenayah tertentu, saudara kandung berada dalam urutan waris yg wajib membayar diyat bagi pihak saudaranya.
- Begitu juga dalam masalah memberi nafkah, dalam situasi tertentu, saudara wajib memberi nafkah kepada saudaranya yang memerlukan.

Begitulah eratnya hubungan adik-beradik kandung.

Kita dilarang memutuskan silatur rahim sesama muslim, tambahan sesama saudara kandung sendiri.


2. Masalah amar makruf nahi munkar.
Kita sudahpun menjelaskan di dalam artikel2 sebelum ini tentang beberapa hal berkaitan amar makruf nahi munkar. Di mana dijelaskan bahawa mencegah kemunkaran mempunyai tahap2nya.
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=14855
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=24418
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=22685

Saudara boleh mempertimbangkan bentuk dan cara berdakwah dalam upaya agar abang saudara bertaubat dari perkara2 maksiat yg dilakukannya. Cara yang tegas tidak semestinya dapat membantu, adakalanya ia lebih menjauhkan pelaku maksiat dari seruan Islam. Sebaliknya cara lembut tidak semestinya berkesan membawa pelaku maksiat ke arah taubat nasuha.

Kerana yang paling penting dalam urusan dakwah ialah menghadapinya dengan cara yang penuh hikmah dan bijaksana (Ruj: An Nahl: 125). Yang sudah semestinya berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.

Dalam masalah ini, kita tidak boleh berputus asa. Lebih2 lagi yang kita hadapi itu adalah kaum keluarga kita yang paling dekat. Dan ingatlah, hanya Allah yang dapat memberi taufiq dan hidayah (Ruj: Al Baqarah: 142).

Sebagai contoh, bagi penagih dadah barangkali cara yang paling berkesan ialah dengan menghantarnya ke pusat pemulihan atau sebagainya. Kerana dalam situasi di tempat kita, masalah ketagihan dadah, agak sukar diatasi tanpa bantuan dari pihak ketiga, seperti pihak berkuasa, pusat pemulihan dsbnya. W/pun kebarangkalian untuknya pulih sepenuhnya selepas keluar dari pusat pemulihan berkenaan agak tipis, namun hanya itulah cara yang ada.

Jika situasi yg sdra hadapi adalah spt yg saya gambarkan di atas, maka tindakan memulau, mengherdik atau sebagainya tidak akan membuahkan hasil samasekali.


Masalah: Mencium tangan
Sdra boleh rujuk di sini:
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=17070
Kesimpulannya:
Garisan panduan umum tentang amar makruf nahi munkar telahpun ada, oleh itu sdra perlu pertimbangkan tahap2 dan cara2nya dengan penuh bijaksana berdasarkan situasi yg sdra hadapi. Kita tidak boleh memperincikannya, kerana setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza2.

Sekian, semoga bermanfaat..

:wassalam

zain y.s