SJ-13-0265 : PERIHAL UMAR ibn al-Khattab r.a

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0265 : PERIHAL UMAR ibn al-Khattab r.a

Q1: Ada seorang penceramah satu ketika dahulu meriwayatkan sebab syaitan lebih takut kepada Umar r.a berbanding Abu Bakr r.a. Kononnya, walaupun Abu Bakr r.a mempunyai darjat iman di hatinya yang lebih tinggi, tetapi rupa paras Umar r.a yg tegas lebih ditakuti oleh syaitan kerana syaitan hanya dapat tahu apa yg tampak di luar (rupa) dan tidak dapat membaca apa yg berada di hati seseorang. Benarkah demikian?

Q2: Ada juga riwayat yg berlegar di kalangan kita bahawa seorang sahabat r.a telah dimarahi bininya. Oleh kerana beliau tidak berpuas hati, beliau telah pergi berjumpa Umar r.a untuk bertanya ttg kewajaran tindakan bininya itu. Sesampai shj di rumah Umar r.a, didapati Umar r.a ketika itu pula sedang dimarahi oleh isterinya.

Q3: Diceritakan juga bhw Umar r.a sebaik shj mendpt berita kewafatan Nabi saw, beliau seakan2 tidak dpt menerimanya, lantas keluar membawa pedang dan berkata kepada khalayak, 'jika ada sesiapa yg mengatakan Nabi sudah wafat, aku akan pancung lehernya!'.

Bagi soalan Q2 & Q3, adakah kedapatan riwayat yg sahih atau lebih merupakan dakyah Syi'ah utk memburukkan Umar r.a? Jwpn ringkas tuan2 pun dialu2kan.

Jazakallahu khair :wassalam

SJ-13-0265 : PERIHAL UMAR ibn al-Khattab r.a

Sebelum saya cuba memberikan pendapat tentang persoalan-persoalan di atas..

1- Kita perlu menilai kesahihan sesuatu fakta sebelum mempercayainya. Tambahan pula bagi seorang pendakwah yang mana kata-katanya didengari dan majoriti pendengar menaruh kepercayaan yang tinggi kepadanya. Kita harap para penceramah dan bukan penceramah akan lebih berhati-hati sebelum menyebut sebarang fakta berkaitan Islam.

2- Tidak semestinya sesuatu perkara itu pelik lantas kita menaruh syak wasangka terhadapnya lantas menolak perkara itu. MUngkin perkara itu tidak seperti yang kita sangka dan ia ada penjelasan yang telah dijelaskan oleh ulama. Maka menolak sesuatu fakta perlukan kajian dan bukan sekadar sangkaan.

menjawab persoalan yang ditimbulkan:

1- Ada di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Umar Ibn al-Khattab bahawa 'Demi Tuhan yang diriku di dalam genggamannya, tidaklah syaitan itu menemuimu pada satu jalan melainkan dia akan memilih jalan yang lain'. Adapun huraian tentang rupa paras Umar, wallahu a'lam.

2-Riwayat kedua pula tidak saya temui sekadar pencarian saya.

3-Memang ada riwayat yang menyebutkan bahawa Umar tidak percaya pada mulanya bahawa Rasulullah SAW telah wafat. lalu Abu Bakr yang menenangkannya dan membuat ucapan pada khalayak ramai bahawa Rasulullah SAW sememangnya telah wafat. hadith ini ada dalam Sahih al-Bukhari dalam bab peperangan (al-Maghazi). tapi cerita yg menyatakan dia mengeluarkan pedang dan sebagainya tidak saya temui. wallahu a'lam.