SJ-13-0295 : Hukum berlawak ttg agama/umat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0295 : Hukum berlawak ttg agama/umat

:salam

Bolehkah kita membuat jenaka ttg Islam atau umat Islam berdasarkan situasi zaman skang. contohnya:-

i) Ada sheikh2 yg popular di US apabila di dlm satu2 sermon yg dihadiri oleh org Islam & kafir, ada yg berlawak kepada non-muslim tu, "Do you realize that you're currently being surrounded by terrorists?"; ataupun "Today I'm gonna teach y'all how to make a bomb in 5 easy lessons. Oops, sori... hahaha"

ii) Kawan sy pernah perli ttg byknya 'ulama2' kat mesia ni, so dia kata, "Ko tau x sbb apa nabi x diturunkan kat tanah melayu?? Sbb kat sini dah banyak nabiii.. kuakuakua "

Apakah hukumnya? Kerana dikhuatiri org yg x paham akan misconceive. jkk

SJ-13-0295 : Hukum berlawak ttg agama/umat

:wassalam

al-Jawab:

Hukum lawak jenaka dalam Islam:

Kata al-Qardhawi (Halal n Haram/272), lawak jenaka ni kita kena perhatikan kehidupan Nabi SAW kerana beliau adalah contoh yang ideal. Kita dapati dalam seerah, ketika beliau sendirian, baginda seorang yg tekun dan khusyu', ketika membela kebenaran, baginda juga tegas dan tidak mempedulikan sesiapapun. Akan tetapi ketika di tengah-tengah manusia, beliau adalah manusia biasa yang juga menyukai apa yang indah dan spontan; beliau tersenyum, tertawa, bermain, dan kekadang berjenaka untuk menghiburkan diri. Tapi apa yang beliau katakan ketika berlawak adalah benar belaka."

Komentar al-Hafidz Ibn Hajar (alFath, X/543), lawak jenaka yang haram cuma bila ia dilakukan secara berlebihan dan konsisten kerana ia melalaikan dari sikrullah dan urusan-urusan agama; hati pula menjadi keras, tertimpa pelbagai penyakit hati dan menghilangkan kewibawaan seseorang."

Itulah konsep dan pandangan Islam terhadap lawak jenaka. Menjawab soalan anda secara ringkas:

i) Tindakan syaikh di USA yang membuat lawak jenaka dalam isu teroris dan pengeboman sejak isu Sept 11.

Jawab: Ini adalah termasuk lawak jenaka yang diharamkan oleh Islam kerana akibat buruknya akan kembali kepada 6 juta umat Islam yg menjadi warga US yang akan terus mengalami trauma dan diskriminasi kerana angkara 9/11.
Dalilnya: "janganlah kamu mencela dirimu sendiri" (AQT 49:13), Kata al-Qurthubi, maksud mencela diri sendiri ialah akibat dari lawak jenaka itu, ia akan menimbulkan kesan negatif kepada umat Islam di US yang hanya satu komuniti minoriti berbanding 300 juta warga non-Muslim.

Dalil hadith: Dari Abd Rahman Abu Layla, bahawa Nabi saw bersabda, " tidak halal seorang muslim menimbulkan rasa takut seorang muslim yang lain." [HR Ahmad dan Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani dalam Ghayat alMaram] Maksudnya natijah dari lawak jenaka teroris dan bom, akan terus menimbulkan rasa ketakutan warga Islam US, sedangkan mereka tiada kaitan langsung dgn 9/11 dan keganasan antarabangsa.

ii) Mengenai lawak jenaka kenapa Nabi tidak diturunkan di tanah melayu kerana kat rantau sebelah sini dah ramai Nabi.
Jawab: Ini juga termasuk lawak jenaka yang tercela. Ini kerana urusan perlantikan Nabi-nabi bukanlah bahan lawak jenaka. Ini kerana Allah menempelak lawak jenaka tersebut:
" di antara Rasul-Rasul itu ada yang Kami perturunkan kisahnya kepada mu dan ada juga yang Kami tidak kisahkan."AQT 40: 78

Lawak jenaka seputar Nabi melayu itu termasuk lawak agama yang tercela..lihat ayat-ayat berikut:
AQT 6. 70. Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia

AQT 7. 51. (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka

AQT 9. 65. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"

sekian