:salam
Benarkah membunuh binatang2 kecil/serangga itu suatu dosa besar? Saya merujuk kpd sesetengah penceramah yg menceritakan bbrp riwayat spt:-
~ pd masa dahulu ada seorg muslim dihukum sbg pembunuh kerana menenggelamkan seekor ulat
~ kita perlu meminta ampun pd Allah kerana sehari2an kita mungkin telah terpijak/drive over serangga2 atas jalan
Kalau semua tu nak dikira, tak ke susah?? Mcmana dgn nyamuk aedes, semut (kalu byk trpaksa guna aerosol), lalat dsb? Kalau boleh, apa cara sbnrnya? ::?
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
ÃãÇ ÈÚÏ
Kesimpulan, haiwan dibahagi kpd tiga kumpulan;
Pertama: DISURUH OLEH SYARAK MEMBUNUHNYA
seperti: gagak, helang siakap, kala jengking, tikus, dan anjing ganas. sbagaimana sabit dalam sahih Bukhari (no: 1731) dan Sahih Muslim (no: 1198)
begitu juga: cicak, sebagaimana Nabi SAW memerintahkan Ummu Syarik r.a. membunuh cicak. HR Bukhari (no: 1734) dan Muslim (no: 2237).
illah atau makna syarak memerintahkan membunuh haiwan2 ini ialah: kerana MENYAKITKAN. oleh itu, dikiaskan juga haiwan2 dan serangga2 lain yg menyakitkan. maka dibolehkan membunuh nyamuk dll.
kedua: DILARANG OLEH SYARAK MEMBUNUHNYA
seperti hadith Ibn Abbas: "Nabi SAW melarang membunuh semut, lebah, burung belatuk dan burung Surad". HR Ahmad (no: 3066), Abu Daud (no: 5269), Ibn Majah (no: 3224).
kumpulan haiwan2 ini, HARAM dibunuh melainkan jika menyakitkan. tetapi wajar dimulakan dengan cara yg tidak membunuh seboleh mungkin. Jika berhajat membunuhnya, diHARUSkan.
ketiga: TIADA NAS SYARAK MEMBENAR ATAU MELARANG.
contohnya: lipas, kumbang, dll.
kumpulan haiwan ini, ada yg mengatakan membunuhnya HARAM, ada kata MAKRUH, dan yg ditarjihkan oleh Syeikh uthaimin: HARUS, tetapi AULA tidak dibunuh.
rujukan: http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=112102
Wallahu A'lam tentang kesahihan kisah ini. Apapun, andaikata ada kisah ini, dan sahih pula, ia termasuk dalam syariat umat sebelum kita. Dan tidak semestinya ia menjadi syariat kita.
Meminta ampun digalakkan setiap ketika, hatta Nabi SAW yg diampunkan baginya yg terdahulu dan terkemudian beristighfar kepada Allah sehari semalam 70 kali.
Namun, perbuatan memijak serangga di jalanan bukanlah satu dosa, apatah lagi ia dilakukan tanpa sengaja.
segala serangga yg menyakitkan spt nyamuk dan lalat, HARUS dibunuh tetapi JANGAN dibunuh menggunakan API. Kerana hadis: "Tidak mengazabkan dengan api, melainkan Tuhan kepada api". HR Ahmad (no: 16034), Abu Daud (no: 2675).
manakala cara lain yg tidak menyeksanya, adalah harus seperti aerosol, dll.
http://abuumair1.wordpress.com