SJ-13-0385 : abu nawas

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0385 : abu nawas

:salam siapakah abu nawas,blh x ahkamez citekn perihal beliau..bnrkah beliau seorg ulama terkenal?.. :eeeek:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0385 : abu nawas

wa'alaikumussalam

Nama sebenar Abu Nawas adalah (ÇÈæäæÇÓ ÍÓä Èä åÇäی) Abu Nuwaas al-Hasan ben Hani al-Hakami (750-810). Beliau merupakan seorang penyair Arab yang terkenal dizaman Abbassiah. Beliau berketurunan campuran Arab dan Parsi. Beliau bukan dikenali sebagai seorang ulama'.

Bapa beliau Hani merupakan seorang askar Marwan II. Ibu beliau bernama Golban. Sebenarnya, tarikh kelahiran beliau juga mempunyai perbezaan, iaitu diantara tahun 747 sehingga 762. Ada pendapat yang mengatakan beliau di lahirkan di Damsyik dan ada yang mengatakan di Ahwaz. Nama beliau adalah al-Hasan, dan diberi gelaran Abu Nuwaas.

Beliau telah dijual kepada seorang saudagar dari Yaman yang bernama Sa'ad al-Yashira dan terus bekerja dengannnya di kedai runcit di Basra, Iraq. Kecerdikan beliau telah menarik perhatian ahli penyair yang bernama Walibah ibn al-Hubab akhirnya membebaskan beliau dari al-Yashira. al-Hubab telah mengajar beliau ilmu kalam, Nahu dan Syair. Beliau hidup dikalangan orang Badwi dan mempelajari gaya bahasa Arab kaum badwi.

Kemudian beliau telah berhijrah ke Baghdad dan dikenali sebagai penyair yang mempunyai 'sense of humour'. Karya beliau bukan sahaja berkisar tema padang pasir, akan tetapi mengisahkan percintaan, minuman, lawak dsb. Karya-karya beliau juga banyak berbentuk sindiran. Terdapat juga karya-karya beliau yang kontroversi yang dikatakan mengandungi unsur-unsur seks.

Beliau banyak berkarya pada zaman Harun al-Rasyid dan zaman anaknya, al-Amin. Syair beliau yang terkenal merupakan sebuah syair yang memuji al-Amin. Beliau merupakan penyair Arab Klasik yang terkemuka dizamannya. Dikatakan syair beliau telah memberi kesan kepada penyair kemudiannya seperti Omar Khayyam dan Hafiz. Watak beliau wujud didalam beberapa bab didalam Hikayat 1,001 Malam.

Dikatakan beliau telah dipenjarakan akibat melakukan beberapa kesalahan yang dikatakan telah menguji kesabaran al-Amin. Setelah pemerintahan al-Amin, al-Ma'mun telah menggantikannya dan beliau memang tidak bersikap tolerasi terhadap Abu Nuwaas.

Terdapat banyak versi kehidupan terakhir beliau. Ada yang mengatakan Abu Nuwaas bertaubat pada masa tuanya dan menjadi seorang yang wara'. Ada catatan yang mengatakan beliau mati dipenjara atau beliau telah diracun. WA.

خيرالأمين