SJ-13-0463 : Beza antara ujub dan riyak

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0463 : Beza antara ujub dan riyak

salam
boleh terangkan apa beza antara ujub dan riak? trima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0463 : Beza antara ujub dan riyak

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Kata Imam Qarafi:

UJUB ialah perbuatan memandang kepada ibadah dan membesar-besarkannya oleh seorang hamba. Ia adalah maksiat yang berlaku selepas ibadah dan bersangkutan dengannya. Misalnya, orang abid merasa ujub dengan ibadahnya, orang alim ujub dengan ilmunya, orang yang berbuat taat merasa ujub dengan ketaatannya. Hukumnya haram, tetapi tidak merosakkan ketaatannya itu. Kerana ia berlaku selepas ibadah.

Katanya lagi:

Berbeza dengan RIYAK, kerana ia berlaku bersama ibadah, maka ia merosakkan ibadah.

ñRUjukan:
Al-Furuq oleh Al-Qarafi