SJ-13-0499 : ilmu batin wa ghaib????

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0499 : ilmu batin wa ghaib????

salam....
mengenai ilmu kebatinan.apakah cara @ kaedah yg dibenarkan dlm islam?
seperti yg kita lihat dlm rancangan tv3 mlm jumaat jam 9.30.melihat antara pengamal ilmu yg jelas syirik dan seorang ustaz yg amalkan apa xpasti.jadinya apakah cara wa kaedah yg dibenarkan dlm islam?
juga pengertian LAM JALALAH.juga apa pengertian @ maksud HULIJAH DAN HULIKA?ia biasa dipakai oleh pengamal.
hal ini perlu dijelaskan.ia bagi mengelakkan seseorang mgkin melakukan syirik tanpa disedari.
juga ada artikel yg menyatakan seorg hafiz guna plat dan tampal ayat suci disekeliling dlm umah.apabila dijelaskan ianya salah.jadinya apakah kaedah yg betul dan dibenarkan dlm islam?mohon penjelasan terperinci daripada pihak al-ahkam yg lebih arif.
biasanya ada yg gunakan air,daun2,dll.adakah ia sebagai medium dlm proses perubatan.jika tak guna tak bole ke?
juga kita dilarang menzahirkan allah.yg diketahui hanya nama wa sifat allah sahaja.
harap penjelasan terperinci diberi...wasalam...

SJ-13-0499 : ilmu batin wa ghaib????

Salam ,

Ringkasnya , kami bukanlah arif dalam hal ehwal pendukunan dan pembomohan.Apatah lagi jika ianya melibatkan ilmu-ilmu kebatinan yang bersifatkan kerohanian dan spritual.

Apa yang dapat kami sarankan ialah , tinggalkanlah segala ilmu yang mendatangkan sebarang keraguan dan ketidakpastian kepada saudara.Kerana sesungguhnya meninggalkan sebarang keraguan itu adalah jalan yang terbaik dan selamat lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan hal-hal pendukunan dan pembomohan yang sudah pasti terlalu sukar untuk difahami.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com