SJ-13-0504 : Balasan anak derhaka di dunia

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0504 : Balasan anak derhaka di dunia

:salam

Dulu sy pernah mendengar bahawa jika seorang anak itu derhaka kepada ibu bapanya, anaknya pasti akan menderhaka kepadanya (apabila dia mempunyai anak kelak). Benarkah hal tersebut? Adakah dalil bagi hal tersebut?

albaruhiyy (not verified)
SJ-13-0504 : Balasan anak derhaka di dunia

ÈÓã Çááå æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇæ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå : ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
jika seorang anak itu derhaka kepada ibu bapanya, anaknya pasti akan menderhaka kepadanya (apabila dia mempunyai anak kelak). Benarkah hal tersebut?

Jawapannya ialah : tidak semestinya anaknya akan menderhaka kepadanya kelak. Boleh jadi anaknya menjadi anak yang soleh dan mentaatinya. Sebaliknya juga anaknya mungkin juga akan menderhakainya dan tidak menghormatinya.

Hal ini kerana berdasarkan kaedah yang disebut ulama al-jaza’ min jins al-amal. (Balasan atau hukuman mengikut jenis amalan seseorang) Jika baik amalan, maka baik balasannya dan jika buruk, maka buruk balasannya.
Ini dikuatkan lagi dengan Firman Allah Taala (al-Nisa’ : 123) :
Maksunya : “sesiapa Yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas Dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun Yang akan melindunginya, dan tidak ada juga Yang dapat menolongnya”.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda :

ßá ÇáÐäæÈ íÄÎÑ Çááå ãäåÇ ãÇ ÔÇÁ Åáì íæã ÇáÞíÇãÉ ÅáÇ ÚÞæÞ ÇáæÇáÏíä¡ ÝÅä Çááå íÚÌáå áÕÇÍÈå Ýí ÇáÍíÇÉ ÇáÏäíÇ ÞÈá ÇáããÇÊ
[ ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí Ýí ÇáÃÏÈ ÇáãÝÑÏ ÈãÚäÇå¡ æÇáØÈÑÇäí Ýí ÇáßÈíÑ¡ æÇáÍÇßã Ýí ÇáãÓÊÏÑß ] .
Maksudnya : "Setia dosa dilewatkan (pembalasannya) mengikut kehendakNya ke hari kiamat melainkan derhakan kepada kedua ibubapa. Maka sesungguhnya Allah Taala akan mempercepatkan (pembalasannya) ke atas pelakunya di dalam kehidupan dunia sebelum mati".

Hadis ini dinilai sebagai lemah oleh al-Albani (no 1486 dalam Daif al-targhib wa al-Tarhib 2/75).

Maka, mungkin ia akan menerima pembalasan yang sama seperti perbuatannya yang lepas.

Quote:
Adakah dalil bagi hal tersebut?

Ada satu hadis berkenaan hal tersebut yang direkodkan oleh Ali bin Abi Bakr al-Haythami. Hadis tersebut diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
ÈÑæÇ ÂÈÇÁßã ÊÈÑßã ÃÈäÇÁßã
Maksudnya : “Berbuat baiklah kepada ibubapa kamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu juga”.

Menurut Ali bin Abi Bakr al-Haythami : “diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat, dan perawi-perawinya adalah perawi sahih kecuali guru kepada al-Tabarani iaitu Ahmad tidak dinisbahkan. Dan yang zahirnya ia adalah di kalangan gurunya yang al-mukthirin”. (Rujuk Majmak al-Zawa’id 3/436).

Al-Albani menghukumkan hadis ini da’if (lemah). (Rujuk al-Silsilah al-Da’ifah no 2039. 5/57 dan 5/38). Diriwayatkan oleh al-Uqayli dalam al-Duafa’ (299). Al-Hakim (4/154), Abu Nuaim (6/335), al-Khatib (6/311) daripada Ali bin Qutaibah al-Rifa’iyy : Telah menceritakan kepada kami Malik bin Anas daripada Abi al-Zubayr daripada Jabir secara marfu’.

Al-Uqayli berkata : “Tiada baginya asas daripada hadis Malik dan tiada sabit dari mana-mana wajah”.

Hadis ini juga diriwayatkan dari Aisyah r.a secara marfu’. Al-Albani menghukumkannya mauwdu’ al-isnad. Al-Haythami menyebut : ”diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat dan dalamnya ada Khalid bin Yazid al-Umari dan ia seorang kazzab (pembohong)”. (Rujuk al-Silsilah al-Da’ifah 5/42)

Oleh itu, hujah atau alasan yang agak KUAT kepada persoalan anda boleh dimasukkan dalam kaedah al-jaza’ min jins al-amal. Banyak ayat-ayat dan hadis yang menunjukkan kesahihan kaedah ini.
Wallahualam.