SJ-13-0583 : Hukum Menyinsing Lengan dan Isbal

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0583 : Hukum Menyinsing Lengan dan Isbal

Salam.

Semalam ada sorang ustaz bagitau pasal isbal

1) Adakah setakat makruh atau sehingga batal solat? Setengah seluar macam seluar raya ni labuh... kalau nak singsing pun nanti dia melorot balik. Sebab ikut hadith tu nabi suruh lelaki yg isbal ni solat semula 2-3 kali.

2) Saya biasa sinsing lengan selepas wudhu' sebab saya ni cepat berpeluh. Apa hukum sebenar sinsing lengan semasa solat lepas wudhu' ni. makruh ke batal solat kalo sinsing..

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Hukum Menyinsing Lengan dan Isbal

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jumhur Imam Mazhab mengatakan tidak haram melakukan isbaal (seluar panjang melebihi buku lali) jika ia melorot ketika solat. Menurut Ibn Muflih : "Abu Hanifah rh. pernah memakai rida' [pakaian atas] dan melepaskan sehingga ke bumi. Telah dikatakan kepada beliau : Apakah kita tidak dilarang melakukan begini? Dia berkata : Itu hanyalah kepada mereka yang menunjuk-nunjuk dan kita bukanlah dari kalangan mereka" [al-Fataawa al-Hindiyah, 3/521].

Imam al-Nawawi rh memetik kata-kata Imam Syafie rh yang berkata : Tidak dibenarkan seseorang membiarkan pakaiannya bergantung dibawah semasa solat atau selainnya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jika dia membiarkan pakaiannya tergantung dibawah selain dari tujuan menunjuk, ia bukanlah sesuatu yang berat, kerana Nabi :saw berkata kepada Abu Bakar ra apabila beliau telah diberitahu bahawa izaarnya melorot kebawah disebelah: anda bukanlah dikalangan mereka (merujuk kepada mereka yang menjatuhkan pakaian kerana kebanggaan" [al-Majmu', 3/177].

Jumhur Imam Mazhab mengatakan adalah makruh menyinsing lengan ketika solat, sebagaimana sabda Nabi :saw :

أمرت أن أسجد على سبعة أعظم ، ولا أكف ثوبا ولا شعرا
“Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota, tidak melipat baju dan tidak memintal rambut.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi rh ketika mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa perbuatan ini adalah makruh, dengan bermaksud tidak menggalakkan seseorang melakukan demikian atau tidak manis. Jika seseorang itu bersolat sedemikian, dia telah melakukan satu kesalahan, tetapi solatnya sah [Sharh Muslim #209].

Isbaal atau melepaskan pakaian sehingga melepasi buku lali adalah tidak haram jika dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk. Menyinsing baju pula adalah tidak digalakkan ketika bersolat. Kedua-dua perbuatan ini tidak membatalkan solat. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين