SJ-13-0584 : Mus'ab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0584 : Mus'ab

Assalamualaikum..
Benarkan maksud nama Mus'ab ialah susah?
Dan adakah baik menamakan nama seseorang dengan nama Mus'ab sempena nama sahabat Nabi, Mus'ab ibn Umair?

Re: Mus'ab?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami makan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

a. Mus'ab ( مُصعب) membawa maksud seseorang yang sangat sukar / complicated, gagah (stallion), seseorang yang dikecualikan dari menunggang, atau seekor kuda atau unta yang lehernya tidak disentuh tali.

b. Bermaksud juga "yang memperbaiki sesuatu", "yang menyama-ratakan dua orang yang bertengkar".

c. Mus'ab adalah nama sinonim kepada sahabat Nabi :saw dari urutan Bani Abdul Daar dari kalangan Quraish. Beliau telah memeluk Islam pada 614, dan mati syahid di peperang Uhud (625).

Nama ini boleh digunakan kepada anak lelaki sempena nama sahabat Nabi :saw yang kacak, dari kalangan bangsawan, mengorbaankan kekayaan dan kemewahan, syahid demi Islam. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين

Back to top