SJ-14-0026 : Al-Ikhlas itu sepertiga al-Quran

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0026 : Al-Ikhlas itu sepertiga al-Quran

:salam

Dulu waktu saya dengar baca al-Ikhlas sama dengan sepertiga al-Quran saya tak berapa faham... tapi hari tu ada baca somewhere(ke terfikir sendiri) disebabkan surah ini menekankan tentang tauhid La Ilaha Illa Allah (Allahu Ahad), Allah tidak lahir dan melahirkan... saya nampak sebab kalimah tauhid ini merupakan inti pati kepada semua ajaran para Nabi,yang merangkumi majoriti al-Quran, menafikan "Ana Rabbukumul 'Ala",oleh Firaun,sembahan berhala oleh bapa Nabi Ibrahim,sembelahan 5 jenis berhala oleh kaum Nabi Nuh,dan tentunya oleh Muhammad SAW.

Benarkan demikian?
Mohon pencerahan :mrgreen:

:wassalam

SJ-14-0026 : Al-Ikhlas itu sepertiga al-Quran

:wassalam

Kata Ibn Rajab al-Hanbali dalam Tafsir surah al-Ikhlas, maksud sepertiga al-Qur:an ialah kerana al-Qur:an itu dibahagi kepada tiga bahagian: Tawhid, Hukum-hakam dan Kisah. Maka surah alIkhlas itu mewakili bab Tawhid.

sekian