:salam
satu lagi soalan berkenaan dengan mendengar bacaan Al-Quran
semasa mendengar bacaan al-quran kita dinasihati untuk fokus kepada bacaan tersebut, inilah yang selalu saya dengar semasa kuliah
akan tetapi ade sebahagian dari masyarakat mendengar bacaan al-quran seperti mendengar lagu. Contohnya seseorang mendengar iPod yg memperdengarkan al-quran sambil membuat kerja lain yg menampakkan hamba Allah itu tidak fokus akan bacaan quran itu
adakah perbuatan tersebut dikira dosa?
Bismillahi wal hamdulillah.
Al-Jawab :
Terdapat khilaf ulama dalam masalah berhenti daripada melakukan sebarang pekerjaan ketika mendengar bacaan al-Quran.Asas kepada hukum tersebut ialah sepotong ayat al-Quran dalam surah al-‘A’raf ayat 204 :
æóÅöÐóÇ ÞõÑöìÁó ÇáúÞõÑúÂäõ ÝóÇÓúÊóãöÚõæÇú áóåõ æóÃóäÕöÊõæÇú áóÚóáøóßõãú ÊõÑúÍóãõæäó
“Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”
Adakah ayat tersebut membawa hukum bahawa perlunya kita mendengar dan memperhatikan ayat al-Quran ketika ianya dibaca?..
Sebahagian ulama menyebut bahawa ayat tersebut adalah khusus ketika sembahyang dan ketika mendengar khutbah serta menjelaskan tentang sikap biadap golongan musyrikin terhadap orang-orang Islam sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Fussilat ayat 26 :
æóÞóÇáó ÇáøóÐöíäó ßóÝóÑõæÇ áóÇ ÊóÓúãóÚõæÇ áöåóÐóÇ ÇáúÞõÑúÂäö æóÇáúÛóæúÇ Ýöíåö áóÚóáøóßõãú ÊóÛúáöÈõæäó
“Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Quran ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan mereka."
Pendapat ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibnu Jarir dalam tafsirnya
( Tafsir Ibnu Jarir 6/166)
Terdapat sebahagian ulama lain yang menyebutkan bahawa ayat tersebut membawa maksud dan hukum yang umum.Maka umat Islam mestilah mendengar dan menghayati ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dalam apa sahaja keadaan sekali pun.
Berkata Imam As- Syaukani dalam tafsirnya “Fathul Qadir (2/296)” : Ayat ini adalah dalil menunjukkan wajib setiap umat Islam mendengar dan memperhatikan bacaan al-Quran ketika ianya dibaca khusus sewaktu Imam membacanya ketika solat dan khutbah.Walaubagaimana pun sesungguhnya ayat ini mempunyai makna dan hukum yang luas.Maka mendengar dan memperhatikan bacaan al-Quran pada setiap keadaan adalah lebih diutamakan..Dan dikatakan juga bahawa ayat ini adalah khusus ketika Rasulullah saw yang membaca al-Quran yang mana wajib bagi setiap sahabat yang mendengarnya agar diam dan menghayati bacaan ayat tersebut.
Kesimpulannya / tarjih hukum :
Berkata Ibnu ‘Asyur bahawa ulama telah sepakat mengatakan ayat 204 dari surah al-‘A’raf itu membawa bentuk hukum yang berbeza-beza.Tidak ada seorang pun dikalangan ulama yang mengatakan hukumnya adalah wajib menghentikan segala pekerjaan dan mendengar bacaan al-Quran yang dibaca dalam setiap keadaan secara mutlak.Malahan ulama telah berbeza pendapat mengenainya.(seperti mana penerangan di atas).Maka pendapat yang paling rajih dan yang dipegang dalam masalah ini adalah pendapat fuqaha Malikiah yang mengatakan bahawa ayat tersebut membawa hukum sunat untuk setiap muslim mendengar dan memperhatikan bacaan al-Quran.
WA
Ruj :
Al-Ahkam as-Syar’iyyah li Qurra al-Quran al-Karim , As-Syaikh Dr. Mahmud Ahmad Sa’id al-Athrash.
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com