SJ-15-0010 : antara fatwa dan tarjih mazahib

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0010 : antara fatwa dan tarjih mazahib

:salam

Bagaimanakah kaedah pentarjihan fatwa di mesia ini?

Apabila berlaku 'pertembungan hukum' cth : hukum najis seluruh anjing dan babi berdasarkan fatwa selangor cth dgn tarjih jumhur bhw yg haram adalah memakannya sahaja,

sebagai rakyat malaysia, bg mengelakkan sensitiviti org melayu .... mana lbh aulawiyat antara memilih fatwa selangor @ tarjih mazahib ?

utk menerangkan bhw hukum haram hanya pd makan sgt susah.... bahkan ade yg mengatakan klu mcm tu... kulit haiwan dll bole la dimanfaatkan ?

mohon penjelasan dr panel sekelian...

SJ-15-0010 : antara fatwa dan tarjih mazahib

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Proses membuat fatwa merupakan tugas sesebuah negeri, dan ia diketuai oleh Mufti. Ada kemungkinan prosesnya berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain, melainkan ia dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Berikut adalah contoh penggubalan Fatwa Negeri Selangor.

Quote:
Tatacara pembuatan fatwa

48. (1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan supaya kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.

(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.

(4) Majlis boleh, selepas menimbang teliti fatwa itu, membuat syor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.

(5) Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum penjelasan dan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu perlu.

(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, Majlis hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

(8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi, tetapi teks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.

(9) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (6).

Untuk maklumat lanjut, sila layari :- http://www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor/html/Home/Apa%20Itu%20Fatwa.htm

Didalam memilih pandangan mana yang rajih, ulama' mengariskan bahawa hendaklah kita mengikuti kepada pandangan mana yang mempunyai kekuatan dalil. Kemudian diikuti oleh pribadi ulama' yang mengeluarkan fatwa tersebut. Penilaian keatas fatwa juga hendaklah dilakukan oleh orang yang berilmu dan adil atau mereka yang berkelayakkan.

Dalam permasalahan khinzir ini, semestilah anda mengikut dalil yang jelas. Kerana dalam permasalahan khinzir, ia tidak boleh di qiaskan dengan kenajisan anjing. Walaubagaimanapun, aplikasinya tidak begitu ketara di Malaysia, terutamanya orang Melayu, jika hendak dibandingkan dengan keadaan diluar negara dimana khinzir juga dihidangkan menggunakan pinggan yang sama.

Isu boleh atau tidak kulit khizir dimunafaatkan merupakan persoalan hukum yang berlainan. Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa kulit binatang yang halal di makan (seperti lembu, kambing, arnab dsb) adalah SUCI, samada ianya melalui proses tanning atau pun tidak.

Bagi binatang yang dagingnya haram dimakan (seperti anjing, harimau, dsb) samada disembelih atau tidak, kulitnya melalui proses tanning atau tidak, kulit tersebut masih TIDAK SUCI menurut pandangan yang rajih ulama' [Liqa'al-Bab al-Maftuh, ibn Utsaimin, 52/39]. Kategori ini termasuklah khinzir, dimana kulitnya masih najis dan tidak boleh dimunafaatkan, menurut Ibn Utsaimin rh. WA

Sekian, wassalam

خيرالأمين