SJ-15-0019 : Adakah pengikut Hanabilah seleweng al-Ibanah??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0019 : Adakah pengikut Hanabilah seleweng al-Ibanah??

:salam Ini adalah salah satu petikan artikel yg saya jumpa drpd laman web di Mesia nih. Topiknya ialah Tauhid:-

Quote:

... Kalau nk bukak ibanah?kene la bukak sekali al luma3. al ibanah mmg bersepah, tiada tanzih. itu rasenye cenderung kpd mazhab hanabilah

Lagipun pada ibanah terdapat khilaf pada ulama samada ia karangan Imam Abu Hasan atau bukan, dan dikatakan jugak bahawa kalau pun karangan beliau, samada karangan yang terdahulu atau terkemedian.
Jadi ilmu Imam Abu Hasan adalah pada murid-muridnya yang merupakan para ulama selepas beliau dan ada juga kemungkinan berlaku penyelewengan yang dimasukkan dalam kitab tersebut oleh golongan mujasimah dari kalangan hanbali.

Ini tidaklah mustahil kerana banyak karangan ulama terdahulu telah diselewengkan, seprti juga kitab al-Ghunyyah Syaikh Abdul Qadir al-Jilani dan karangan Syaikh Abdul Wahhab asy-Sya'raani

Bahkan menurut keterangan Imam al-Qusyairi, penyelewengan yang dilakukan terhadap kitab al-Ibanah itu berlaku sejak kurun ke-5H lagi

Soalan saya, betulkah ada penyelewengan pd kitab al-Ibanah oleh golongan 'mujasimah' drpd geng Hanabilah?
Setakat yg saya diberitahu, Imam Abu Hasan sendiri akhirnya berpegang kepada 'aqidah salah (spt Imam Hambali) dan mengkritik ilmu kalam, spt yg tercatit dlm al-Ibanah & Maqalat Islamiyyin.

Kekadang bila saya jumpa guru2 ilmu kalam, nak jugak saya sebut psl paradigm shift Imam Abu Hasan tu, tapi kemungkinan juga sy akan dibelasah dengan 'fakta2' di atas!! Lebih baik diam je..

Saya juga berasa terdorong nak jawab forum diorang nih, tapi sbb ilmu x cukup... mintalah pandangan tetuan AAN yg hensem lg budiman :P

SJ-15-0019 : Adakah pengikut Hanabilah seleweng al-Ibanah??

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Memang ada dikalangan pengikut Mazhab Assyaerah mengkritik kesahihan buku al-Ibaanah. Diantara dakwaan mereka adalah :-

a. Mendakwa bahawa buku al-Ibanah merupakan buku yang awal ditulis oleh Imam Abul Hasan asSya'ari selepas beliau keluar dari Mazhab Muktazilah. Imam Kawthari menjelaskan bahawa dakwaan al-Ibaanah merupakan buku terakhir adalah palsu. Peristiwa ini berlaku selepas tahun 323H, apabila ada dikalangan pengikut Mazhab Hanbali, murid kepada Barbahari mendapat tempat di Baghdad. Dikatakan mazhab Syafie telah dikalahkan dan mujasimah menjadi aqidah mereka [Ibn Athir, al-Kamal fi al-Tarikh, 7/14].

b. Berdasarkan fitnah yang berlaku diatas, kitab al-Ibaanah yang dibawa oleh Mazhab AsSyaerah tidak boleh dipercayai lagi. Ulama' seperti Nuh Keller, Kawthari, Abdullah Habashi, Hasan Ali Saqqaf mengatakan bahawa isi kandungan al-Ibaanah telah diubah.

------------
a. Tidak semua ulama' AsSyaerah mengatakan bahawa kitab al-Ibaanah bukan merupakan kitab al-Syeikh yang terakhir. Malahan, mereka menyebut didalam kitab-kitab mereka bahawa kitab al-Ibaanah fi Usuul al-Diyaanah merupakan buku terakhir Imam Abul Hasan terakhir, sebagaimana kata al-Hafiz Ibn al-Imad al-Hanbali :-

ÞÇá ÇÈæÇáÍÓä ÇáÇÔÚÑí Ýí ßÊÇÈå (( ÇáÇÈÇäÉ Ýí ÇÕæá ÇáÏíÇäÉ )) æ åæ ÇÎÑ ßÊÇÈ ÕäÝå æÚáíå íÚÊãÏ ÇÕÍÇÈå .........
dir="ltr">"Telah berkata Abul Hasan asSya'ari didalam al-Ibaanah fi Usuul al-Diyaanah merupakan bukunya yang terakhir dan diakui/pegang oleh pengikutnya......" [Shadharat al-Zahab fi akhbar man Zahab, 3/303].

b. Pandangan yang mengatakan bahawa Kitab al-Luma' merupakan kitab terakhir juga bertentangan dengan beberapa maklumat sejarah. Bahkan, Kitab yang bermula dengan perkataan al-Luma' karangan al-Syeikh terdapat 3 judul :-

1. Kitab al-Luma' fi-Radd 'ala Ahl al-Zaygh wa'l-Bida' digelar buku kecil
2. Kitab al-Luma' al-Kabir
3. Kitab al-Luma' al-Saghir - merupakan pengenalan kepada al-Luma' al-Kabir'

Kitab-kitab ini ditulis sekitar setelah beliau meninggalkan Mazhab Mu'tazilah sehingga 320H. Ibn 'Asakir menyebut bahawa lebih kurang 70 buah buku yang dapat dikesan ditulis oleh asSya'ari sekitar 300-320H, termasuklah ketiga2 buku al-Luma' ini.

Ini bermakna sekitar 320H - 324H, sehingga beliau meninggal dunia, tidak ada judul yang bertajuk al-Luma' ditulis menurut Ibn Furak. Maka, al-Luma' bukanlah merupakan buku beliau yang terakhir.

c. Diantara ulama'-ulama' AsSyaerah yang mengakui kewujudan kitab al-Ibanah didalam kitab mereka :-

1. Hafiz Shamsuddin al-Zahabi - Kitab al-Uluww, ms 278
2. Imam Ibn Farhuun al-Maliki - Kitab Deebaj, ms 193-194
3. Imam Murtaza Zubaydi al-Hanafi - Kitab Ithaaf sharh Ihya uluum al-Din, 2/2,
4. Hafiz Baihaqi - Bab fi Qaul al-Quran
5. Hafiz Ibn Asakir - mengambil secara terus dari al-Ibaanah didalam Kitabnya Tabyin kazib al-Muftari ms 28,171

Kesimpulannya, memang wujud kenyataan2 dan kitab2 yang menafikan buku al-Ibaanah sebagai buku Imam Abul Hasan AsSya'ri terakhir, dan mereka mendakwa bahawa buku (al-Ibaanah) tersebut telah diubah. Walaubagaimanapun, ramai dikalangan ulama'-ulama' AsSyaerah yang mengakui bahawa Kitab al-Ibaanah merupakan kitabnya terakhir dan mereka berpegang kepada kitab tersebut. Dari segi sejarah juga, ulama'-ulama' ini telah membuktikan bahawa Kitab al-Ibaanah memang ditulis pada 4 tahun terakhir sebelum beliau meninggal dunia. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين