SJ-16-0001 : Apa beza Nazar @ Janji @ Azam ??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0001 : Apa beza Nazar @ Janji @ Azam ??

apa beza ketiga² perkataan tuh??

cth :

1. aku berjanji akan belanja dia makan...
2. Aku berazam akan belanja dia makan..
3. Aku bernazar akan belanja dia makan...
4. Aku AKAN belanja dia makan...

Cmner.? ader beza ker semua tuh??

WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: SJ-13-0016 : Apa beza Nazar @ Janji @ Azam ??

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan yg sdr VHoutenJr kemukakan dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

(1) Janji (promise)- Seorang yang dikatakan Mukmin dipegang atas janjinya. Dengan kata lain, orang Islam itu akan mengotakan apa yang telah dijanjikannya. Sifat ini yang membezakan diantara orang beriman dengan orang MUNAFIK. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Amr ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

ÃÑÈÚ ãóä ßäøó Ýíå ßÇä ãäÇÝÞÇð ¡ æãä ßÇäÊ Ýíå ÎÕáÉ ãä ÃÑÈÚÉ : ßÇäÊ Ýíå ÎÕáÉ ãä ÇáäÝÇÞ ÍÊì íÏÚåÇ : ÅÐÇ ÍÏøóË ßÐÈ ¡ æÅÐÇ æÚÏ ÃÎáÝó ¡ æÅÐÇ ÚÇåÏ ÛÏÑ ¡ æÅÐÇ ÎÇÕã ÝÌÑ
"Empat sifat jika ada pada seseorang ia adalah munafik, barangsiapa yang ada salah satu yang empat, mempunyai sifat munafik melainkan meninggalkannya : Apabila bercakap, ia berdusta; apabila berjanji ia memungkirinya; apabila bersumpah ia mengkianatinya; apabila bertengkar ia melampau batas" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #2327, Muslim #58].

Seorang yang tidak menunaikan janjinya dengan sengaja maka ia telah melakukan satu dosa, melainkan ia lupa atau terhalang. Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Nabi saw bersabda :

Åä Çááå æÖÚ Úä ÃãÊí ÇáÎØà æÇáäÓíÇä æãÇ ÇÓÊßÑåæÇ Úáíå
"Allah telah mengampunkan ummahku akan kesalahan mereka, atas kelupaan dan apa yang dipaksa keatasnya" - [hadith riwayat Ibn Majah #2045, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Jaami' #1836]

(2) Nazar (vow) - sumpah yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan ibadat, bukan bernazar nak belanja makan; ini janji. Contoh nazar: "Sekiranya penyakit aku baik, aku bernazar akan melakukan puasa sunnat 7 hari"; "Aku berjanji kepada Allah akan menunaikan Haji tahun ini". Ibn Wahb berkata, diriwayatkan dari Sufyan al-Thawri dari Firaas, dari Al-Syu'bi: Jika seseorang berkata "Aku berjanji kepada Allah....." maka ini dikatakan NAZAR (Abu Bakr al-Jassaas,fi Ahkaam al-Qur’aan (3/208. Jumhur ulama' menyatakan bahawa hukum nazar ini adalah Makruh. Dari hadith riwayat Abu Hurairah ra:

áÇ ÊäÐÑæÇ ÝÅä ÇáäÐÑ áÇ íÛäí ãä ÇáÞÏÑ ÔíÆÇ ¡ æÅäãÇ íÓÊÎÑÌ Èå ãä ÇáÈÎíá
"Jangan kamu bernazar, kerana sesungguhnya nazar tidak boleh mengubah qadar sesuatu, apa yang dilakukan ialah mengambil sesuatu dari orang yang tamak" -[Hadith riwayat al-Bukhaari #6609, Muslim #1640].

Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi didalam Sharh Muslim menasihatkan bahawa :

ÝíäÈÛí ááãÄãä Ãä íÌÊäÈ ãÇ äåì Úäå ÇáäÈí Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ¡ æãä ÃÑÇÏ Ãä íØíÚ Çááå ÊÚÇáì ÝáíØÚå ãä ÛíÑ äÐÑ .
"Orang beriman hendaklah mengelakkan dari melakukan perkara yang Nabi saw larang. Barangsiapa ingin mentaati Allah, maka biarlah dia melakukannya tanpa nazar"

Barangsiapa yang tidak menunaikan nazarnya, maka ia dikenakan kifarah. Kifarahnya adalah membebaskan seorang hamba, atau memberi makan atau pakaian kepada 10 orang miskin, atau barangsiapa yang tidak mampu melakukan semua itu hendaklah ia berpuasa 3 hari. Firman Allah swt :-

áóÇ íõÄóÇÎöÐõßõãõ Çááøóåõ ÈöÇááøóÛúæö Ýöí ÃóíúãóÇäößõãú æóáóßöäú íõÄóÇÎöÐõßõãú ÈöãóÇ ÚóÞøóÏúÊõãõ ÇáúÃóíúãóÇäó ÝóßóÝøóÇÑóÊõåõ ÅöØúÚóÇãõ ÚóÔóÑóÉö ãóÓóÇßöíäó ãöäú ÃóæúÓóØö ãóÇ ÊõØúÚöãõæäó Ãóåúáöíßõãú Ãóæú ßöÓúæóÊõåõãú Ãóæú ÊóÍúÑöíÑõ ÑóÞóÈóÉò Ýóãóäú áóãú íóÌöÏú ÝóÕöíóÇãõ ËóáóÇËóÉö ÃóíøóÇãò Ðóáößó ßóÝøóÇÑóÉõ ÃóíúãóÇäößõãú ÅöÐóÇ ÍóáóÝúÊõãú æóÇÍúÝóÙõæÇ ÃóíúãóÇäóßõãú ßóÐóáößó íõÈóíøöäõ Çááøóåõ áóßõãú ÂíóÇÊöåö áóÚóáøóßõãú ÊóÔúßõÑõæäó
"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur." -[al-Maa'idah 5:89]

(3) Azam (determine)- Azam juga dikenali dengan Niat yang kuat untuk melakukan sesuatu. Jika seseorang itu berazam untuk melakukan kebaikkan, ia sudah dikira sebagai ganjaran. Akan tetapi jika seseorang itu berazam untuk melakukan maksiat (dan belum melakukannya lagi), ia tidak dikira sebagai dosa. Sabda nabi saw :

Åä Çááå ÊÌÇæÒ áí Úä ÃãÊí ãÇ ÍÏËÊ Èå ÃäÝÓåÇ ãÇ áã ÊÚãá Ãæ ÊÊßáã
"Allah akan mengampunkan Ummahku atas apa yang terlintas fikiran mereka, selama mana ia tidak melakukannya atau berkata mengenainya"

Kesimpulannya, janji ialah sesuatu perkara yang mesti ditunaikan pada masa yang tertentu dengan manusia yang lain. Mengingkari janji merupakan satu dosa, dan ia merupakan salah satu dari sifat munafik. Manakala janji dengan Allah, dikenali dengan nama Nazar. Mengingkari janji ini dikenakan kifarat. Azam pula ialah niat yang kuat didalam hati. Tidak melakukannya tidak dikira dosa.

WA, wassalam

خيرالأمين