SJ-1636: Mengangkat arak?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1636: Mengangkat arak?

Assalamu'alaikum...
Bagaimanakah jika seorang muslim itu bekerja sebagai store assistant dan kemudianya terpaksa mengangkat satu kotak arak (bekerja di supermarket)? Adakah muslim ini turut terlibat dengan dosa walaupun tidak meminumnya? Terima kasih...

Re: SJ-1636: Mengangkat arak?

Jawab:

Ya, jika anda khusus bekerja di store premis arak atau kilangnya. Manakala jawatan anda sbg store assistant di supermarket tidak khusus untuk arak tapi untuk semua jenis barang. Dalil:" barangsiapa yg terpaksa sedang ia tiada aniaya dan tidak pula melampaui batas, maka tiada dosa terhadapnya."AQ 2: 173 terjemah ayat
HR Ibn Majah," Allah mema'afkan kesalahan, kelupaan dan apa yg dilakukan kerana terpaksa dari umatku."
Kaedah fiqh: "keperluan itu ditempatkan sejajar dgn keterpaksaan, baik yg bersifat khusus atau umum." (Ibn Nujaim, Asybah wan Nazair, ms 43-46
Allahu a'alam