SJ- 1662: Takwa vs Tawakkal......

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ- 1662: Takwa vs Tawakkal......

Assalammualaikum..
Ustaz..... dapat kiranya ustaz menghuraikan apakah itu takwa.. apakah perbezaan antara takwa dan tawakkal
dalam kehidupan kita...Jazakallah.....

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1662: Takwa vs Tawakkal......

Jawab:
:wassalam

Taqwa:
Dalil: alBaqarah: 197 (sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah taqwa) terjemahnya. Taqwa dari sudut bahasa:" menjaga diri dari sesuatu yg ditakuti. Dari sudut syara':"melakukan sesuatau yg seharusnya dikerjakan dan meninggalkan sesuatu yg seharusnya ditinggalkan."
Dari sudut tahqeeqan :" tetap memelihara diri daripada kemurkaan Allah. metodenya: mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya
Rumusan: Taqwa=Takut akan Allah. Dalam bahasa yg mudah ialah menjaga batas-batas Allah SWT (halal dan haram), dalam bahasa ibarat (tamsil), kelakuan seorang yg berjalan pada jalan yg berduri dan berbatu tajam (maka dia berhati2).
Tawakkal: Berserah diri kepada Allah setelah berusaha. Dalam bahasa yg mudah: mencari segala asbab, natijahnya (hasilnya) diserahkan kepada Allah SWT.
Penjelasan secara akademik:
Tawakkal dari bentukan kalimah al wakalah (wakil) spt wakil rakyat (ADUN dan MP) yg mana rakyat mengangkat mereka sebagai wakil di parlimen dan DUN. Maka dalam istilah syara': tawakkal ialah sandaran hati kepada sesuatu yg diserahi (oleh hati itu). Tingkatan tawakkal oleh alhafeedz Ibn Qayyim (Madarij asSaalikin):
Tahap 1: Tawheed yg benar adalah asas tawakkal yg betul
Tahap 2: Menyandarkan hati dan bergantung penuh kpd Allah SWT
Tahap 3: Bersangka baik terhadap Allah SWT
tahap 4: Penyerahan hati terhadap Allah
Tahap 5: Pasrah (tanpa tuntutan dan pilihan)
Rumusan:
Tawakkal : penyerahan (hati) kpd Allah dengan berusaha keras. Ini tepat dengan maksud alhadis:" tambatlah terlebih dahulu unta kamu, kemudian bertawakkallah (HR atTermidzi)
Jika hari ini:"Kuncilah kereta kamu dan pasnglah alarm, kemudian tawakkallah."
Allahu a'alam

Allahu a'alam