SJ-1685: Haid

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1685: Haid

Asslamualaikum

Sukacita jika dapat diterangkan permasalahan solat dalam istihadah dan senario-senarionya.

Terima Kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1685: Haid

Jawab:

Istihadhah ialah darah yg tidak normal yg terjadi di luar batas2 haidh dan nifas. Istilah perubatan `metorraghia'.
Punca istihadhah ialah HR Bukhari dari Aisyah ra," sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat radang mulut rahim (cervix) dan bukan haidh."
Hukum asal wanita istihadhah ialah mereka dalam keadaan suci. Cuma jumhur (majoriti fuqaha') menetapkan mereka membasuh kemaluan, memakai pad dan berwudhu' setiap kali hendak solat fardhu. Mereka juga boleh ke mesjid dan menetap di dalamnya. (alKasani, alBada'iy, 1/4; Khatib Syarbini, Mughny Muhtaj, 1/111, Dr Zaydan, alMufassal, 1/254) Allahu a'alam