SJ-1764: Sam`iyyat (Bah 2)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1764: Sam`iyyat (Bah 2)

Assalamualaikum Wmt Wkt

Terima kasih kerana menjawab soalan tentang kubur itu.

1.Soalan, adakah perkara sam'iyat spt azab kubur, soal jawab Malaikat tidak boleh digambarkan secara lakonan, audio-visual , lukisan?
Minta Tuan panel jelaskan

Re: SJ-1764: Sam`iyyat (Bah 2)

Jawab:
:wassalam

Sudah tentu, kita berpendapat percubaan meng`visualize' atau me`multimedia'kan alam kubur patutlah ditutup saja. Alam barzakh adalah alam ghaib dan maklumat mengenainya adalah sedikit sekali. Lihat surah alBaqarah: 3 (mereka yg beriman dgn yg ghaib)
Alam kubur adalah termasuk ghaibiyat(sam'iyat/misteri) dan ia memadai sekadar beriman dengan sungguh-sungguh kerana ia tidak boleh di garap dengan audio-visual, lukisan atau lakonan atau simulasi.
Bagaimana kita nak tulis skrip, nak lakonkan, nak lukiskan sedangkan kita tidak ada maklumat yg lengkap? Kemudian lukisan dalam Islam pula terhad, tidak boleh melukis benda2 bernyawa.
Bagaimana kita nak visualize soal-jawab dgn Malaikat sedangkan Malaikat juga makhluk yg ghaib.
Memadai kita menyedarkan manusia akan maut, adanya azab kubur, adanya sakratul maut (kesakitan mati) berdasarkan hadis-hadis sahih sahaja. Teknik ini dinamakan tarhib (berita menakutkan)
Rumusan: Kita sudah didedahkan dasar2 kepercayaan Islam ada dua kategori: yg nyata dan ghaib. Mana-mana yg nyata, itu tidak ada masalah, cuma bila melibatkan yg ghaib, maka menzahirkannya adalah tertegah dengan kaedah " Sadd adzzara'iy" (ditutup pintu kejahatan atau fitnah). Kita bimbang jika kita tidak sekat dari awal, umat Islam akan melukis gambar Malaikat atau dewa2 (angels/pari2) sebagaimana ajaran agama musyrikin atau kaum Yahudi dan Kristian yg membikin filem spt Moses, The Ten Commandment, Jesus of Nazareth, dsbnya tanpa sekatan dari gereja atau sinagog mereka. Allahu a'alam