SJ - 1775 : UPACARA KEMATIAN

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1775 : UPACARA KEMATIAN

Assalamualikum....

Mungkin soalan nie tak berkaitan dgn feqh kot...tapi saya cuma ingin bertanya...kalu ustaz sudi jawap lah....
dari mana rujukan yg org melayu kita dapat semasa melangkah keluar masjid atau surau selepas menyembangkan jenazah kita membaca al-fatihah sebanyak tujuh kali / tujuh langkah. Pasal saya penah dgr ceramah ustaz tersebut pun tidak tahu dari mana rujukan tersebut dan beliau juga ingin mengetahuinya jika ada sesiapa yg tahu.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1775 : UPACARA KEMATIAN

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Mengusung jenazah dengan dibacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali bagi setiap 7 langkah, dan segala macam upacara yang berkaitan seperti melalukaan anak-anak kecil di bawah usungan tersebut adalah satu upacara kematian yang masih kekal berlaku di kalangan masyarakat kita.

Ya ! Bukan Al-Fadhil Ustaz itu sahaja yang mahu tahu akan dalil mereka yang melakukan upcara seperti itu, bahkam kami sendiri pun mahu juga dalil-dalil mereka yang melakukan seperti itu.

Oleh sebab kami sendiri pun tidak tahu akan dalil-dalilnya dan kami sendiri tidak beramal dengan cara yang sedemikian, kami tidaklah selayaknya kami yang memberikan dalil-dalil yang menunjukkan keharusan melakukan perkara itu.

Sepatutnya lebai-lebai kampung dan mereka yang melakukan perkara itulah yang mengemukakan dalil dan diminta bukti daripada mereka agar kita semua benar-benar percaya lagi yakin bahawa upacara seperti itu memang ada panduannya menurut Sunnah Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a !!!. Sebab setiap amal-ibadat yang tidak sesuai dengan panduan Sunnah tersebut, nescaya sia-sia sahaja bahkan ianya adalah satu inovasi di dalam beribadat.

Tidakkah cukup dengan Sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat mulia itu di dalam menuntun kita ke arah keredhaan Ilahi , hinggakan kita “ pandai-pandai “ nak mereka-cipta satu bentuk ibadat khas yang baru, yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda s.a.w ???.

Ya ! Kami kira perlu juga agamawan yang terlibat dengan upacara seperti itu sudilah kiranya memberitahu kami daripada dalil mana dan sumber mana mereka dapat petunjuk untuk melakukan perkara itu.

Ini kerana di dalam masalah beramal-ibadat ini, terdapat hadis daripada ibu kita, Saidatina A’aisyah Binti Saidina Abu Bakar As-Siddiq (r.a) yang tegas menyebut :

ãä Úãá ÚãáÇ áíÓ Úáíå ÃãÑäÇ Ýåæ ÑÏ

Ertinya : “ Barangsiapa yang BERAMAL dengan satu amalan – ibadat – yang tiada contohnya daripada kami – Allah Ta’ala dan Rasul-Nya – maka tertolaklah amalan itu “
{ Hadis Sahih riwayat Imam Ahmad 6/146 dan Imam Muslim 3/1718 serta Imam As-Suyuthi di dalam Jami’e Saghirnya : 8868 ).

Di dalam hadis lain dinyatakan pula :

ãä ÃÍÏË Ýí ÃãÑäÇ åÐÇ ãÇ áíÓ ãäå Ýåæ ÑÏ

Ertinya : “ Barangsiapa yang MENCIPTA di dalam urusan kami ini – tatacara beribadat – yang tiada asal panduannya , maka ianya adalah tertolak “ .
{ Hadis Sahih Riwayat Imam Al-Bukhari 5/2697 , Imam Muslim 3/1718 , Imam Abu Daud 4/4606, Imam Ibnu Majah 1/14 & Imam As-Suyuthi 8333 }.

Menurut sunnah, urusan jenazah hendaklah disegerakan, maka upacara seperti itu sudah pasti akan melambatkan lagi proses pengurusan jenazah dihantar ke kuburnya. Oleh kerana masa pun suntuk dan upacara seperti yang ditanyakan itu pun tiada terdapat nasnya, maka untuk apakah lagi kita pertahankan upacara sedemikian rupa !?.

Kesimpulannya : Kami berpendapat bahawa perkara seperti itu tidak ada contohnya di daripada Mahaguru umat Islam, Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat (r.a) dan sekiranya benar-benar ada sumber dan dalil yang sahih lagi jelas yang menyokong upacara seperti itu, kami tidak teragak-agak untuk turut sama menyokongnya dan mendokonginya !.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

18 / Jumadi Tsani / 1423 H
27 / Ogos / 2002 M

Selasa ~ Bandaraya Kaherah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1775 : UPACARA KEMATIAN 2

Tambahan:
:wassalam

Sekadar menguatkan hujah Ust Pendekar:
a. Fatwa alMarhum mantan Mufti Kerajaan Arab Saudi, SS Syaykh Ben Baz, (Kitab adDa'awah 1/210), bacaan alQur'an seperti itu adalah perbuatan bid'ah (yg diada-adakan) kerana tiada nas yg membolehkan berbuat demikian kerana dasar ibadah ialah haram dikerjakan melainkan ada dalil.
b. Imam Syaraf anNawawi (alAzkar, 203) tiada bacaan, wirid dan zikir atau lainnya semasa mayat diusung. Allahu a'alam