SJ - 1798 : MUKTAZILAH & NEO - MUKTAZILAH

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1798 : MUKTAZILAH & NEO - MUKTAZILAH

Assalamualaikum tuan-tuan sekalian ;

Sudilah kiranya dijelaskan akan hal-hal berikut:

1 - Apakah yang dikatakan mazhab Muktazilah itu sebenarnya ?. Adakah mazhab itu sesat ?. Apakah asas-asas dan sumber-sumber perundangan mazhab ini ?.

2 - Kalau betullah ianya sesat maka kenapakah ramai ulamak kita yang menggunakan Kitab Tafsir Al-Kasyaf karangan Imam Az-Zamakhsyary ?.

3 - Apakah pula Mazhab Neo-Muktazilah ?.Siapakah yang mendokonginya dan apakah kaitan Neo-Muktazilah ini dgn ajaran-ajaran bukan Islam.

Harap mendapat penjelasan yang baik dan sekian sahaja.

Wassalamu Alaikum wbt.

4 -

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 1798 : MUKTAZILAH & NEO - MUKTAZILAH

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

1 – Daripada soalan yang diajukan itu, kami sendiri pun yakin bahawa saudara sudah pun maklum akan hal ini. Benarlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : (( “ Ketahuilah ! Sesungguhnya persoalan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada jawapan “ )).

Persoalan mengenai Mazhab Muktazilah dan Neo-Muktazilah ini sendiri pun sudah pernah dibincangkan di dalam ruangan Web aL-Ahkam. Net ini sebenarnya di bawah penyeliaan Al-Fadhil Tuan Webmaster kita, Ustaz Zain ys daripada Pondok Penanti, Bukit Mertajam.

Dipersilakan saudara mengikutinya DI SINI !.

T A M B A H A N :
*************

( Yang tidak dinyatakan oleh Al-Fadhil Ustaz Zain ys di dalam jawapan itu )

SUMBER PERUNDANGAN MUKTAZILAH DAN CONTOH-CONTOH MAZHAB INI :

Menurut Muktazilah, sumber perundangan utama mereka ialah :

(1) Al-Quran
(2) Akal (Bukan bererti logik tetapi lebih kepada makna sangkaan~dzhon).

Ertinya, sumber mereka ini berbeza dengan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang meletakkan Al-Quran dan Hadits di tempat pertama dan kedua, manakala akal (qiyas) diletakkan sebagai sumber perundangan ke-4 selepas kedua-duanya.

Selanjutnya, di sebabkan mereka hanya menerima sesuatu menurut akal mereka tanpa panduan wahyu (sebenarnya bukan gunakan akal..tetapi hanya gunakan sangkaan sahaja), maka mereka telah menolak beberapa hadits dan usul yang berkaitan dengan perkara aqidah (iman) dan syariah (ibadah) seperti :

1- Menolak hadits peristiwa “Shaqqul As-Sadr” (Nabi s.a.w dibelah dadanya) oleh para malaikat ketika peristiwa isra’.

2- Menolak hadits “Mi’kraj” Nabi s.a.w ke sidratul-muntaha dan syurga 7 lapisan.

3- Menolak hadits maslah “al-mashu alal khuffain” (menyapu khuf-sejenis stokin kulit).

4- Mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk.

5- Mengatakan bahawa sifat-sifat Allah Ta’ala (seperti Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Karim dsbgnya..) adalah zat (diri) Allah Ta’ala itu sendiri.

6- Manusia berkuasa mutlak (total) di dalam melakukan apa-apa perkara. (Walhal kuasa manusia itu pun hasil pinjaman Allah Ta’ala, adakah ini bermakna Muktazilah menyatakan bahawa tatkala manusia melakukan sesuatu perbuatan, ianya tidak diketahui oleh Allah dan bukan di bawah izin-Nya ??, kalau begitu mereka secara automatiknya telah menuduh bahawa Allah Ta’ala tidak berkuasa ~tiada iradah dan qudrah. !!?? ).

7- Menafikan semua sifat Allah Ta’ala. (Ini ternyata kufur..kerana di dalam Al-Quran sendiri banyak ayat yang menerangkan sifat-sifat kesempurnaan Allah Ta’ala).

8- Dsbgnya.

***********************

2 - Sememangnya beliau - Imam Zamakhsyari (seorang muktazilah pekat-tahun 467H-538 H) - seorang yang rosak aqidahnya, akan tetapi itu tidaklah pula menafikan ketokohan beliau di dalam bidang lain khasnya di dalam bidang bahasa Arab. Oleh kerana itulah, para ahli tafsir sendiri telah mengiktiraf bahawa karya beliau (Tafsir Al-Kasyaf) sebagai karya tafsir yang terbaik dari sudut bahasa Arab dan kesusasteraannya.

Sebagai perbandingannya, adakah tiada langsung manfaat pada BABI disebabkan ia adalah HARAM DIMAKAN ?. Jawapannya ialah: Bukanlah semua benda yang haram dimakan itu tiada manfaatnya, seperti tahi lembu laa…ianya bukan bahan makanan tapi bukankankah ada manfaatnya untuk pertanian. ??. Begitulah ngan babi (khinzir), ianya ada manfaatnya seperti, ianya adalah makanan bagi orang bukan Islam (sebagai bukti Allah Ta’ala bersifat Maha Pemurah tanpa mengira samada manusia itu beriman ataupun tidak), ianya juga merupakan bukti kewujudan sejenis virus yang bahaya (cacing pita-ianya ada sumbangan ilmiah kepada dunia sains), dan ianya diwujudkan agar manusia boleh kenal yang manakah haiwan yang berbahaya dan yang sebaliknya disamping ianya sebagai “alat penguji” keimanan manusia yang benar-benar bertakwa.

Maka, begitulah pula dengan Imam Zamakhsyari, walaupun beliau “rosak” dari sudut imannya, namun di sudut bahasa dan kesusasteraan Arab, beliau dipandang sebagai “pakar @ imam”.

TAMBAHAN MASALAH YANG BERKAITAN :

Permasalahan : Mengapakah disebut mazhab (pendapat) Muktazilah di dalam kitab-kitab fiqh perbandingan, walhal Muktazilah telah sesat dan menyeleweng ?.

Jawapan : Para penulis dan ulama’ menyatakan beberapa pendapat golongan yang sesat seperti Muktazilah, Syiah dan sebagainya di dalam kitab-kitab Fiqh Perbandingan Mazhab, bukanlah bererti ianya DIIKTIRAF. Cuma, sebagai menyatakan satu PENDAPAT YANG LEMAH DAN TERTOLAK (kerana hukum-hukum Fiqh tidak dibina dan diasaskan di atas dalil-dalil yang lemah). Dan agar ianya diketahui oleh kita, apakah pendapat-pendapat yang tertolak sebelum ini dan sebab ianya ditolak.

***********************
3 - Neo-Muktazilah adalah satu gerakan @ mazhab (aliran ideologi) moden yang diteruskan kesinambungannya dari mazhab Muktazilah (Wasil Bin Atho’) oleh para pemikir (konon-kononnya). Ianya dicampur-adukkan dengan isme-isme moden seperti Rasionalisme, Sekularisme, Historisme, Utilitarianisme, Protestantisme, Pragmatisme, Materialisme
dan sebagainya.

Muktazilah Moden ini dikenali juga sebagai “Pemikiran Islam Progresif”, “Kemerdekaan Berfikir”, “Evolusi Pemikiran”, “Pemikiran Moden”, “Aliran Islam Kiri” dsbgnya. SILA LIHAT ARTIKEL AL-FADHIL USTAZ ZAIN YS MENGENAI “ ALIRAN ISLAM “ : DI SINI !.

BAHAYA NEO - MUKTAZILAH :

Bahayanya kerana ia mampu menyesatkan umat Islam hinggakan ramai juga dari kalangan cendekiawan Islam yang terpengaruh dan terpesona dengannya kerana ia dianggap sebagai “neraca pemikiran ala-moden”. Selain itu, bahaya-bahaya adalah seperti berikut :

1- ISLAM DIAMBIL DARI SUDUT SEBAB @ SEMANGATNYA SAHAJA ,BUKAN TUJUAN UTAMANYA :

Lalu timbullah kata-kata : “Islam sebenarnya tidaklah mewajibkan umatnya menutup aurat, tapi falsafah pengajarannya sahaja iaitu menjaga maruah. Andainya seseorang wanita Islam itu sudah kelihatan bermaruah dan sopan-santun maka tidaklah perlu lagi ia menutup aurat”. (kesimpulan kata-kata Astora Jabat~Jahat ? )

- Pandangan ini adalah sesat, kerana perintah menutup aurat adalah urusan “ta’abbudiy” (ibadat yang dilaksanakan secara dengar dan patuh secara total laksana seorang prebet mendapat arahan orang atasannya, selain itu ianya bertujuan utama agar timbul ketaqwaan seseorang yang melaksanakannya. Adakah Astora menyangka bahawa Nabi s.a.w adalah seorang yang jahil, hanya tahu mengarahkan dengan arahan “ta’abuddiy” tanpa dilihat dari sudut pengajarannya ?(hikmah).

Atau, akan timbul lagi kata-kata : “Alah…orang Arab dulu tutup aurat sebab lelaki-lelaki Arab tu kuat nafsunya !!” (petikan kata-kata PM).- Ini juga songsang !! adakah PM hanya menyangka Arab dahulu saja yang kuat nafsunya ???, Bagaimana pula dengan Arab sekarang , ?, tak kuat nafsu pula kah ?..( boleh datang try tengok gelagat Arab sendiri di sini !!).

Atau, akan timbul juga pandangan : “Sebenarnya puasa tu bukanlah wajib, ianya hanya diwajibkan sebagai satu riadah dan latihan diri “. (kata-kata seorang yang jahil lagi tukil). Ini pun sesat lagi menyesatkan. Kerana tujuan utama Allah mewajibkan kita berpuasa agar kita menjadi insan yang bertaqwa, andainya tujuan utamanya untuk latihan diri @ kesihatan., sudah tentu Allah Ta’ala wajibkan kita bersenam setiap pagi. Tujuan utama berpuasa ialah untuk mencapai tahap taqwa !.

Atau, akan timbullah kata-kata : “Pelaku zina tak semestinya dirotan 100 kali ataupun direjam-andainya ia mempunyai suami @ isteri, yang penting dia dihukum dengan apa cara pun, agar dia insaf !!!”.

~ Alangkah dangkal pemikiran ini, lalu timbullah pula cara memberi hukuman kepada pesalah-pesalah zina dengan membayar duit sebanyak sekian-sekian dan begitu-begini….apa pula akan terjadi kalau semua kesalahan hatta kesalahan bunuh dengan sengaja pun boleh ditebus dengan bayaran duit ?, maka kita akan dapati sebuah negara yang dipenuhi dengan para penjenayah dari golongan “kolar putih”, “elit” dan “korporat yang keparat” (bukannya korporat yang taat), manakala para penjenayah dari golongan kasta yang rendah, akan terus menjadi penghuni penjara-penjara lantaran ketiadaan duit untuk menebus kesalahan-kesalahan mereka.

2- TIDAK MENGAITKAN APA YANG BERLAKU DENGAN QUDRAT (KEKUSAAN) DAN IRADAT (KETENTUAN) ALLAH TA’ALA , LALU MENGKUFURKAN ALLAH :

Seperti kata-kata : “Sengaja pihak-pihak pendakwah dan penceramah mengaitkan isu jerebu, kemelesetan ekonomi dan segala bencana sebagai musibah dan takdir Allah. Walhal, kita yang membakar hutan tu, mengapa dikaitkan pula dengan kehendak ilahi ?” (kata-kata Dr. Faisol Othman –IKIM di dalam Majalah Massa).

~ Lihat !!! Jelas sekali pengaruh Muktazilah di dalam pemikiran Faisol Othman ini. Adakah ini bermakna, Allah tiada kuasa ketika manusia membakar hutan-belukar itu ?, ataupun adakah perbuatan tersebut tidak diketahui oleh Allah (bukan di dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui) ??.

Malaysia memang sering menuduh negara jiranlah penyebab, namun ketika tahun 98, ketika terbakarnya dengan serentak beberapa hutan di Pahang dan di Sabah dan Sarawak, Malaysia berdiam diri…adakah manusia berpakat ketika itu untuk membakar hutan belantara yang sebegitu besar di hari dan waktu yang sama ??. Jelaslah, kebakaran itu sendiri merupakan takdir Allah Ta’ala yang menyuruh setiap manusia berfikir akan kekuatan, ilmu, kegagahan dan kehendak-Nya dan mengandungi 1001 pengajaran bagi mereka yang insaf.

Andainya ianya tidak dikaitkan dengan kudrat dan iradat Allah, adakah ini bermakna Allah tak tahu bilakah ianya akan berlaku ?, Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan !!!. Ianya tetap berlaku di dalam ruang-lingkup kekuasaan, pengetahuan dan keizinan-Nya. Allah Ta’ala memang memberikan manusia keizinan untuk manusia berbuat baik ataupun sebaliknya setelah Allah Ta’ala sendiri anugerahkan mereka dengan wahyu (Al-Quran dan As-Sunnah) dan akal yang waras disamping Allah Ta’ala sendiri telah jelaskan, andainya mereka tetap memilih untuk berbuat jahat, mereka boleh buat..tapi, rasailah dan tunggulah azab-Nya nanti !!!.

Begitulah juga kisah tentera bergajah di dalam Surah Al-Fil (Tentera Bergajah) pimpinan Abrahah yang cuba menyerang Mekkah dan Baitul-Haram (Ka’abah) di zaman Abdul Mutallib (datuk nabi s.a.w) menjadi gabenor Mekkah, ada pihak dari golongan neo-muktazilah yang mengatakan bahawa tentera bergajah dari Yaman itu mati laksana daun dimakan ulat kerana wabak penyakit yang berbahaya tanpa mengaitkannya sebagai TAQDIR dan IRADAT ALLAH TA’ALA !!. ( Kata-Kata Dr. Hussein Haykal penulis “ Hayat Muhammad “ – Sejarah Hidup Nabi Muhammad s.a.w – Terbitan Pustaka Nasional , Singapura ) . Adakah mereka sebenarnya bermaksud Allah Ta’ala tidak berkuasa “menghina” tentera bergajah itu dengan lemparan batu-batu dari beburung (sebagai salah- satu tentera Allah) !!, Andainya Allah lemah dan tak mampu, maka bagaimanakah DIA boleh dianggap TUHAN YANG MAHA KUASA ??.

Jelaslah, mereka mati dengan penuh kehinaan itu sebagai AZAB dan PENGAJARAN daripada Allah Ta’ala kepada setiap manusia yang cuba “menceroboh” kemuliaan rumah-Nya (Masjidil Haram) !!!.

3- MENGINGKARI KEKUATAN AS-SUNNAH @ AL-HADITS SEBAGAI SUMBER KEDUA PERUNDANGAN ISLAM :

Seperti pandangan Dr. Rashad Khalifa, Dr. Kassim Ahmad dan kuncu-kuncunya yang terpengaruh dengan “Penilaian Semula Al-Hadits Dengan Timbangan Sangkaan Akal”.
Andainya Nabi s.a.w tidak diimani segala gerak-geri dan kata-katanya (As-Sunnah), maka untuk apakah Allah Ta’ala utuskannya. Andainya mereka berkata bahawa cukuplah dengan Al-Quran sahaja yang boleh diimani, maka secara automatiknya mereka bukan sahaja mengengkari As-Sunnah, bahkan Al-Quran itu sendiri, kerana Al-Quran juga merupakan wahyu yang disampaikan kepada kita semua melalui lisannya (s.a.w) !!!.

Bagaimanakah mereka melakukan solat (sebagai contoh yang mudah difahami) walhal tatacara solat hanya dijelaskan oleh As-Sunnah ???. Al-Quran hanya memerintahkan agar kita melakukan solat fardhu 5 kali sehari, namun tidak pula ditunjukkan melaluinya cara-caranya, maka di sinilah As-Sunnah memainkan peranannya sebagai “penafsir” dan “penghurai” arahan solat tersebut !!!.

4- MENYALAHI MANHAJ @ METODE YANG DITEMPUH OLEH NABI S.A.W, PARA SAHABAT (R.A) DAN PARA SALAFUS-SOLIHIN (GENERASI AWAL YANG TERPUJI LAGI BERADA DI DALAM KURUN KEEMASAN YANG MURNI) :

Golongan Neo-Muktazilah ini menyangka bahawa mereka adalah golongan yang pandai menggunakan akal fikiran mereka. Adakah ini bermaksud bahawa Nabi s.a.w dan para salafus-solihin “tidak sehebat” mereka di dalam menggunakan akal ??, andainya begitu, secara automatiknya mereka telah mencela kepintaran Nabi s.a.w sebagai seorang Mahaguru seluruh makhluk dan pemimpin terulung demi kebahagian dunia dan akhirat. Apakah lagi gelaran yang patut diberikan kepada mereka yang mencela Nabi s.a.w (secara sembunyi-sembunyi ataupun secara terang-terangan andainya bukan KUFUR dan MURTAD !!??).

Para Pendokongnya :

1- Dr. Rashad Khalifa, Dr. Kassim Ahmad. Mahmud Abu Rayah, Hassan Hanafi (Golongan Anti-Hadist).
2- Dr. Ahmad Amin-Penulis Fajr Al-Islam, Dhuha Al-Islam (Rasionalisme).
3- Dr. Faisol Othman IKIM (Historisme).
4- Dr Siddiq Fadhil- UKM- (Protenstantisme-Sudut Ekonomi & Rasionalisme-sudut Aqidah).
5- Saad Zaghlul (Pemimpin Revolusi Mesir Moden)- Penyeru terulung ke arah pembukaan aurat wanita Islam Mesir.
6- Lutfi Sayyid, Qasim Amin (neo-Muktazilah).
7- Pimpinan dan Ulama’ BN dan sebahagian pimpinanABIM (Sekularisme dan Rasionalisme).
8- Sir Ahmad Khan (pengasas Aligarh University Of India).
9- BN, UMNO, Sister In Islam,IKIM,CELDECS, sebahagian di ISTAC, sebahagian anggota IIIT, sebahagian penyarah-pensyarah IPT dan universiti-universiti ala-Barat ( ataupun Golongan Orientalis ).
10- Ramai lagi dan lagi dan lagi…..

Hubungan Mereka Dengan Golongan Bukan Islam @ Sesat.

1- Berkiblatkan Falsafah ciptaan Yunani (Greece Kuno) seperti Plato, Aristotle, Socrattes dan Anbalidiqious-Pada sudut menyamakan Allah (zat-Nya) dengan sifat-sifat-Nya.
2- Hubungan pemikiran dengan Yahudi pada sudut menafikan sifat-sifat Allah Ta’ala.
3- Hubungan dengan Kristian- Allah diimani sebagai tuhan yang menyerap masuk (tahallul-ittihad-wahdatul wujud-reincarnation) dengan makhluk.
4- Sebab asal-usul Muktazilah pun, sememangnya diasaskan oleh mereka yang asalnya bukan Islam, lalu memeluk Islam dengan mengekalkan lagi fahaman-fahaman agama-agama lama mereka. ( Lihat silsilah guru-guru Wasil Bin Atho’ ).
5- Hubungan mereka dengan Syiah - Menghina As-Sunnah dan para sahabat (r.a).
6- Dengan Orientalis- Di dalam usaha-usaha menyesatkan umat Islam dengan “Islam ala-barat @ orientalis” – Taghribh Afkar Muslimin !.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

1- Al-Mausu’ah Muyassarah Fil Adyan Wal Madzahib Mu’asiroh-WAMY.
2- Al-Farqu baina Firaq- Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi.
3- Maqalat Al-Islamiyiin- Imam Abu Hassan Asyaari.
4- Kitab-kitab Syed Qutb, Muhammad Qutb, Al-Qardhawie dan Fathy Yakan.
5- Masalah Taqdir-Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan-Thinker;s Library, Malaysia.
6- Kamus Pegetahuan Islam- Datuk Dasuki Hj Ahmad- YADIM.
7- http://members.tripod.com/~AbuDzar/antihadis
8- http://alahkam.com.my/soaljawab/soaljawab88.htm

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

25 / Jumadi Tsani / 1423 H
03 / September / 2002 M

Hari Selasa ~ Bandaraya Kaherah