SJ-1842: [U] Bulan rejab dan Isra' Mikraj

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1842: [U] Bulan rejab dan Isra' Mikraj

Assalamu'alaikum!

1) Ustaz, adakah riwayat yg mengatakan bulan Rajab ialah bulan Allah, Sya'ban bulan Nabi dan Ramadhan bulan umat Nabi SAW daripada sumber yg shahih? Jika ya, bagaimana pula dgn bulan2 lain selain drpd bulan tersebut? Kepunyaan siapa pula bulan2 yg lain?

2) Adakah pendapat yg shahih menyebut Nabi Isra' pd 27 Rejab.

3) Adakah Nabi pernah menganjurkan berpuasa sunat 27 Rejab sempena mengingati Isra' dan Mikraj?
Sekian, terima kasih!

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1842: [U] Bulan rejab dan Isra' Mikraj


[U] soalan yg sudah diajukan beberapa kali sebelum ini
Jawab:
1. Hadis yg berbunyi Rejab bulan Allah itu disahkan palsu (maudhu') oleh Lujnah Fatwa Universiti alAzhar (pengerusi Syaykh Atiyah Saqr) dan Dr Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)
2. Nabi disahkan Isra' dan Mi'raj (sahih Bukhari, Jld 5, no 226 dari Jabir ra. Tarikh 27 Rejab itu tidaklah muktamad. Tidak ada tarikh yg muktamad dalam sejarah silam, semuanya berdasarkan kajian ahli sejarah saja. Misalnya tarikh sebenar kelahiran Nabi saw pun tidak muktamad, samada 8 atau 9 atau 12 R/awal. Tarikh yg tepat tidak mustahak, yg penting kesahihan cerita itu.
3. Tidak ada hadis menganjurkan puasa pada 27 Rejab, sebab kalendar Islam ini diujudkan oleh Umar alKhattab ra.
WaLlahu a'alam