SJ-1908:Mandi Wajib - Keguguran

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1908:Mandi Wajib - Keguguran

Assalamualaikum.......

Saya ada suatu permasalahan ni. Mengenai mandi wajib atau mandi hadas bagi mereka yang mengalami 'keguguran'.
1) Macamamana niat yang sebaiknya dan bila sepatutnya wajib dilakukan mandi hadas itu.

2) Adakah diwajibkah mereka yang mengalami keguguran itu mandi 'wiladah' selain mandi wajib.

3)Adakah berbeza bagi orang yang mengalami keguguran sebelum masuk 3 bulan kandungannya atau lebih (maksud saya kalau kurang 3 bulan perlukah dia mandi seperti orang selepas bersalin iaitu mandi 'wiladah' atau itu hanya untuk mereka yang telah melahirkan anak?).

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1908:Mandi Wajib - Keguguran


Jwb:

Keguguran menurut empat madzhab:
Hanafi: Jika janin yg gugur itu bermumur 120 hari ke atas, maka ia adalah nifas dan perlu mandi bila darahnya kering.
Syafi'iy: Janin yg ada sifat manusia sudah dikira nifas, jika tidak ada sifat manusia (berupa seketul darah atau daging yg tidak jelas sifat) tidak ada nifas
Hanbali: Janin yg gugur dalam tempuh 120 hari ke atas, ia dikira nifas.
Maliki: janin yg berusia 4 bulan dan jika gugur di kira nifas.

Menjawab soalan anda:
1. Niat yg sebaiknya ialah lintasan hati sahaja dan tidak memerlukan lafaz. Mandi dilakukan jika keguguran itu menepati pendapat Imam madzhaahib di atas dan darahnya telah kering.
2. Mandi wiladah ialah mandi janabah bagi perempuan yg bersalin tanpa darah nifas
3. Janin yg gugur dan pengklasannya dibahaskan spt pada permulaan jawapan kita. Katakan anda memilih pendapat madzhab Syafi'iy, nifas berlaku jika janin yg gugur itu ada sifat manusia. Wiladah ialah mandi bagi mereka yg tidak mengeluarkan darah dan hendaklah mandi dan beribadah spt biasa. (Fiqh anNisa', Atiyah Khamis)