SJ - 1948 : HATI YANG BERBOLAK-BALIK

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1948 : HATI YANG BERBOLAK-BALIK

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah

RasuluLlah S.A.W bersabda.

"Sesungguhnya, hati itu terletak diantara dua jari dari jari2 Tuhan, Apabila dia suka, diluruskanNya, dan jika Dia suka, dibengkokkanNya"

- Apakah pula kaitan dengan usaha mendekatiNya. Adakah maksud dibengkokkanNya itu termasuk orang2 yang beriman/bertaqwa ? Apakah contoh2 nya.

Jazakallah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1948 : HATI YANG BERBOLAK-BALIK

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Hadis yang saudara tanyakan ialah :

Úä ÚÈÏ Çááå ÚóãúÑöæ Èúäö ÇáúÚóÇÕö íóÞõæáõ Ãóäøóåõ ÓóãöÚó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåã Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ Åöäøó ÞõáõæÈó Èóäöí ÂÏóãó ßõáøóåóÇ Èóíúäó ÅöÕúÈóÚóíúäö ãöäú ÃóÕóÇÈöÚö ÇáÑøóÍúãóäö ßóÞóáúÈò æóÇÍöÏò íõÕóÑøöÝõåõ ÍóíúËõ íóÔóÇÁõ Ëõãøó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåã Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Çááøóåõãøó ãõÕóÑøöÝó ÇáúÞõáõæÈö ÕóÑøöÝú ÞõáõæÈóäóÇ Úóáóì ØóÇÚóÊößó

Ertinya : Drp Abdullah Bin Amru Bin Al-‘As (r.a) , dia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya hati-hati keturunan Adam , kesemuanya itu di antara dua jari daripada jari-jemari Tuhan Yang Maha Pemurah , Dia boleh sahaja membolak-balikkan ke mana-mana sahaja yang disukai-Nya “ . Seterusnya Baginda s.a.w pun berdoa : “ Wahai Tuhan Kami Yang Maha Membolak-Balikkan hati-hati kami , arahkanlah hati kami ke arah ketaatanmu “ . ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim (rh) di dalam sahihnya , Kitab Al-Qadar :, Bab TasriflLah Ta’ala Al-Qulub Kaifa Yasha’ , No : 4654.

PENJELASAN HADIS :

1 – Hadis-hadis seperti ini digelar sebagai Hadis As-Sifat kerana di dalamnya terkandung perkara-perkara yg menunjukkan sifat-sifat Allah Ta’ala .

2 – ( “ dua jari di antara jari-jemari Tuhan … “ ) , Ertinya : Ianya tidaklah menunjukkan bahawa Allah Ta’ala itu sama sahaja dengan makhluk-Nya . Maha Suci Allah Ta’ala drp sangkaan seperti itu , walhal Dia telah berfirman : ( áóíúÓó ßóãöËúáöåö ÔóíúÁñ æóåõæó ÇáÓøóãöíÚõ ÇáÈóÕöíÑõ ) Ertinya : “ Tiada satu pun yang serupa dengan-Nya , walhal Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat – Surah Asy-Syura : Ayat 11 .

3 - ( “ dua jari di antara jari-jemari Tuhan … “ ) , juga boleh difahami dengan maksudnya : Di bawah kekuasaan Allah Ta’ala Yang Maha Pemurah . Hadis ini didatangkan dengan gaya bahasa seperti itu ( Uslub Majazi = Gaya Simbolik ) kerana gaya itu merupakan salah-satu gaya bahasa yang biasa digunakan oleh masyarakat Arab . Selain itu , gaya bahasa simbolik @ kiasan @ perumpamaan kadang-kadang lebih mudah diterima-pakai , berbanding uslub bahasa secara hakiki ( direct ) .

4 – ( “ dua jari di antara jari-jemari Tuhan … “ ) juga bermakna : Tiada satu kuasa pun yang boleh menghalang Allah Ta’ala untuk berbuat apa sahaja yang Dia sukai .

5 - Hadis di atas juga tidaklah menafikan usaha manusia . Sebagai mana pegangan mazhab kita , Ahlus Sunnah Wal Jama’ah di dalam permasalahan ini , ulama’ kita menyatakan : “ Doa adalah sebahagian daripada usaha , dan usaha digabungkan dengan doa melahirkan Tawakkal “ .

6 – Hadis ini juga tidaklah menunjukkan bahawa manusia itu berbuat apa sahaja secara terpaksa. Di dalam hal ini , kita menyatakan bahawa manusia bebas untuk memilih apa sahaja , sama ada jalan kebenaran ataupun jalan kesesatan , akan tetapi semua usaha manusia itu adalah di bawah pengetahuan Allah Ta’ala sejak azali . Dan pengetahuan Allah Ta’ala sejak azali itulah yang termasuk di dalam maksud TAQDIR .

7 – Jadi, usaha mendekati Allah Ta’ala tidaklah sama sekali bertentangan dengan maksud hadis di atas, apatah lagi ianya sendiri adalah tuntutan Allah Ta’ala dan Rasulullah s.a.w daripada setiap umat Islam .

8 – Hadis ini juga sebenarnya ditujukan kepada kita , umat Nabi Muhammad s.a.w kerana hati-hati kita tidaklah maksum ( terpelihara daripada sebarang pengaruh-pengaruh yang sesat dan dosa ) . Oleh itu hendaklah kita sentiasa berdoa dengan doa seperti ini . Doa ini juga diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w sebagai didikan kepada umatnya, disebabkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah bimbang yang umatnya akan ditimpa masalah seperti ini ( hati mudah berbolak-balik di antara ketaatan kepada Allah Ta’ala dan menderhakai-Nya ) – Lihat hadis yang hampir sama dan kisahnya di dalam Sunan Imam At-Tirmidzie, Kitab Al-Qadar , Bab : Ma Jaa Fi Anna Al-Qulub Baina Isba’in Ar-Rahman , No : 2140 .

9 – Orang-orang yang beriman itu sendiri ada berbagai-bagai tahap keimannya . Ada yang sentiasa teguh , ada pula yang sekejap kuat dan sekejap lemah dan seumpamanya . Kerana itulah di dalam pengajian Tasawwuf sendiri telah mengkategorikan nafsu ( diri ) manusia itu sendiri kepada beberapa bahagian dan yang paling teruk ( tentunya bukan bagi orang yang beriman ) ialah NAFSU AMMARAH ; Iaitu nafsu yang suka berbuat kejahatan dan maksiat . Tidak pula pernah menyesal melakukannya dan tidak pula bercita-cita mahu bertaubat , malahan berbangga pula dengan kejahatan itu .

Yang baik sedikit drp itu ialah NAFSU LAWWAMAH : Iaitu nafsu seseorang yang apabila melakukan dosa-dosa , dia sedar lalu bertaubat , akan tetapi kerap pula berlaku hal yang sama seperti itu “ KALAH DALAM SEDAR “ . Ini disebabkan kadang-kadang imannya naik ( kuat ) dan kadang-kadang imannya lemah ( kurang ) . Nafsu di dalam darjat ini juga tidak menjamin seseorang itu boleh mudah-mudah masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala melainkan dengan Rahmat-Nya .

Darjat ketiga yang lebih baik ialah NAFSU MULHAMAH : Iaitu nafsu bagi seseorang yang telah berjaya melepasi kedua-dua tahap nafsu yang disebutkan tadi . Orang-orang yang berada di dalam tahap ini biasanya adalah orang yang selalu melakukan taubat yang ikhlas ( taubat nasuha ) , sabar , tawadhuk dan sentiasa juga menerima ilham-ilham yang menunjukkan kepadanya arah yang diredhai Allah Ta’ala .

Jadi , orang-orang yang benar-benar beriman , sudah pastilah berada di tahap NAFSU MULHAMAH ( Sekurang-kurangnya ) .

Adapun orang-orang yang sekejapnya beriman , sekejapnya berbuat maksiat , maka sudah tentu mereka ini bukanlah orang yang benar-benar beriman ( NAFSU MULHAMAH ) .

10 – Hadis ini juga tidaklah menunjukkan bahawa kita semua ini seperti bulu yang berterbangan mengikut angin yang bertiup ( terpaksa 100 % ) . Lihatlah kisah bagaimanakah boleh Islamnya Cat Steven ( Yusuf Islam ) dan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hussein Yee ( bekas pendakwah PERKIM ) , mereka berdua ini telah berusaha mencari kebenaran sebelum kebenaran itu sendiri ( Islam ) singgah di hati-hati mereka . Ertinya , usaha mencari kebenaran ataupun usaha menunjukkan kebenaran tetap perlu dilaksanakan.

Ya Allah ! Anugerahilah Kami Ketenangan Hati yang sebenar . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – SYARAH SAHIH MUSLIM ( RH ) – Juz ke-16 ~ Imam An-Nawawi ( rh ) & Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaily .

2 – AL-MU’JAM AL-MUFAHRAS LI ALFADZIL HADIS NABAWI ~ E.J Brill , Holland.

3 – SYARAH SUNAN AT-TIRMIDZIE ( RH ) – Juz ke-6 ~ ‘Allamah Al-Mubarakfoury .

4 – MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH ~ Ust Mohamed Mustapha Al-Jiasi – Pustaka Aman Press .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

1 / Ramadhan / 1423 H
6 / November / 2002 M

Rabu – Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum