SJ-2010: sumpah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2010: sumpah

Assalamualaikum...

Ada sedikit persoalan mengenai sumpah dan kifarat sumpah;
Bagaimanakah jika seseorang bersumpah berkaitan dengan benda yg haram?

1. Jika seseorang itu selalu melakukan perbuataan maksiat seperti minum "arak/berjudi/berzina", kemudian beliau rasa menyesal di atas perbuatan tersebut dan berazam tidak mahu mengulanginya lagi, dan bersumpah jika ia melakukannya lagi maka dia akan berpuasa, sebagai penghalang untuk dia melakukan maksiat tersebut.
Malangnya dia masih juga melakukan maksiat tersebut, dan beliau akan berpuasa setiap kali beliau melakukan maksiat itu.

2. Bagaimanakah sumpah yg sedemikian, sepengetahuan saya sumpah/nazar pada maksiat tidak wajib dilaksanakan.

3. Jika sumpahnya sah bagaimanakah kifaratnya jika beliau ingin menarik kembali sumpah itu.

4. Disebabkan terlalu kerap melakukan maksiat itu beliau tidak sanggup untuk berpuasa lagi. Adakan kifarat itu perlu untuk setiap kali beliau melanggar sumpah itu atau sekadar sekali sahaja.

Alhamdulillah sekarang beliau telah benar2 bertaubat, harap Ustaz dapat jelaskan. Wallahuallam...Terima Kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2010: sumpah

alKabair spt zina, minum khamar dan zina yg termasuk dalam clause hukum jinayah hudud tidak perlu bersumpah untuk menghindarinya. Sumpah dan nazar itu tidak dapat menyamai atau menghapuskan dari hukuman hudud.
Jalan keluar dari kesalahan hudud ialah menerima hukuman (jika negara itu melaksanakan hudud) dan jika tidak, dia perlu bertaubat nasuha, banyak bersedeqah dan berbakti.
Kesalahan hudud ini bukan main2 dgn sumpah (Syaikh Mutawali Sya'arawi, Anta Tasal)