SJ-2030: [Part 1/2] Pelbagai soalan mengenai solat

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2030: [Part 1/2] Pelbagai soalan mengenai solat

Assalamu’alaikum!

1) Adakah membaca doa iftitah itu sunnah Rasulullah SAW?

2) Jika jawapan 1 Ya, sekadar manakan bacaan doa iftitah yang menuruti sunnah Rasulullah SAW? Ada sesetengah ustaz menyatakan sehingga akhir seperti yang biasa di baca (la syari ka lahu wa biza lika umirtu wa ana minal muslimin). Namun begitu ada juga sesetengah ustaz yg menyatakan bacaan Rasulullah hanya sekadar (wasubhanallahi bukratan waashila). Mana satukah yang sebenarnya sunnah? Atau kedua-duanya sunnah?

Saya solat sunat tahiyatul masjid, kemudian datang seorang hamba Allah mengikuti saya dari belakang (makmum) untuk solat farhdu (Dzuhur). Apabila selesai solat tahiyatul masjid dan memberi salam, makmum tersebut bangun untuk menghabiskan rakaatnya.

Untuk mendapat ganjaran solat fardhu, saya kemudiannya mengikuti makmum tadi semula. Tapi kali ini dia menjadi imam dan saya menjadi makmum untuk solat Fardhu Dzuhur.

Soalan :

3) Adakah sah solat dzohor saya ketika menjadi makmum?
4) Adakah sah solat sunat (tahiyatul masjid) saya bilamana makmum mengikut untuk solat Fardhu?
5) Adakah sah solat Fardhu Dzuhur makmum tersebut bilamana dia menjadi makmum ketika saya sedang bersolat sunat?
6) Perlukah kita mengetahui sama ada seseorang itu sedang solat sunat atau fardhu sebelum kita mengikutinya sebagai makmum?

Soalan Lain:

7) Bagaimanakah kedudakan antara imam dan makmum apabila hanya 2 orang yg berjemaah (1 imam dan satu makmum). Ada yg menyatakan perlu di belakang, dan ada yg menyatakan perlu bersebelahan, cuma makmum harus ke belakang sedikit. Adakah terdapat nas dalam perkara ini?

8) Bagaimana pula jika 3 orang berjemaah (1 imam, 2 makmum) dalam satu-satu solat? Ada yg menyatakan perlu seorang di sebelah kanan, dan seorang lagi disebelah kiri imam (hanya ke belakang sedikit sahaja). Ada pula yg menyatakan perlu kedua-duanya di belakang imam. Mana satukah yang lebih menepati sunnah?

Jazakallah!

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2030: [Part 1/2] Pelbagai soalan mengenai solat


Jawab:
Bah 1: Seputar Do'a Iftitah
1. Membaca do'a tawajjuh atau iftitah itu sunnah (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah; Albani, Sifat solatun Nabiy)
2. Bacaannya ada banyak versi (Syaikh Albani menyenaraikan 12 versi), Madzhab Syafi'iy memilih versi yg anda sebutkan itu ( Wajjahtu..wa ana minal muslimin) Cuma Albani (Sifat Solatun Nabiyy) membuat koreksi lafaz yg betul ialah wa ana awwalul muslimin)..bersambung

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2030: [Part 2/2] Pelbagai soalan mengenai solat

Jawab:
3. Solat Zuhur anda itu sah menurut Syafi'iyah. Menurut jumhur tidak sah sebab anda tidak boleh berimamkan makmum. Fiqh Islami
4. Solat sunat anda sah menurut pendapat Imam Syafi'iy sendiri (alUmm, 1/173)
5 Solat Zuhr makmum itu sah menurut pendapat Imam Syafi'iy ra (ibid). Tidak sah menurut Maliki dan Hanafi kerana orang solat fardhu tidak boleh berimamkan Imam yg solat sunat.
6. Tidak perlu menurut Syafi'iyah sebab jika Imam memberi salam, makmum hendaklah bangun dan menyempurnakan raka'at yg berbaki (Fiqh Islami)

7. Posisi makmum ialah di sebelah kanan Imam. HR Ibn Abi Syaibah, alMusyannaf dari Ibn Abbas ra)
8. Pendapat paling masyhur ialah dua makmum itu berdiri di belakang Imam. Inilah pendapat Maliki, Syafi'iy dan Hanbali.
Dalilnya hadis alMuwatta, 76 dari Anas bin Malik
WaLlahu a'alam