SJ-2147: Aurat dan Junub.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2147: Aurat dan Junub.

Assalamu'alaikum,
1.Adakah suara wanita itu dikategorikan sebagai aurat?
2.Adakah terdapat larangan tidak boleh makan ataupun minum ketika berada dalam keadaan berjunub (hadas besar)?
Maafkan saya jika soalan ini telah pun ditanya dan dijawab oleh Ustaz THTL/Pendekar. Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2147: Aurat dan Junub.

:wassalam
Jawab:
1. Awrat menurut bahasa fuqaha' ialah sebahagian anggota badan yg diwajibkan oleh syara' menutupnya (Mu'jam Lughah alFuqaha', Dar alNafis, Beirut, 1985, ms 324) Maka suara wanita tidaklah termasuk dalam perbahasan aurat sebagaimana hangatnya fuqaha' membahaskan masalah muka dan dua tapak tangan. Menurut Dr Abd Kareem Zaydan, (alMufassal, Beirut, Mu'assasah arRisalah, 1999, 4/ 90) suara wanita menjadi haram bila ada unsur fitnah. Dalam keadaan harian wanita perlu menggunakan suaranya bagi tujuan keperluan harian dan jika suara mereka adalah aurat, maka sulitlah mereka untuk berkerjaya dan bemu'amalat. WA

2. Tidak ada larangan. Jika ada larangan hendaklah didatangkan dalil. Manusia boleh makan dan minum dalam apa jua keadaan kecuali yg disebut oleh syara' spt ketika berpuasa, buang air, ketika solat..tapi tidak disebut dilarang makan ketika janabah. Terdapat hadis dari Anas yg dikeluarkan oleh Jama'ah (kecuali Imam Bukhari) bahawa agama Yahudi menjauhi isterinya ketika haidh, suami enggan makan bersama isterinya dan enggan tidur bersamanya. Maka turunlah ayat 2: 222, yg menjelaskan yg perlu dijauhi dari wanita haidh ialah jima' shj. WA