SJ-2149: Sapu muka lepas salam

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-2149: Sapu muka lepas salam

:salam

amalan menyapu muka selepas salam merupakan satu amalan yg biasa kita lihat. Tetapi adakah ianya sunnah. Setakat yg saya jumpa, hadis2nya dikatakan sgt lemah dan kaum salaf mengatakan ianya sebagai satu bid'ah (kalau saya tak silap). Tetapi adakah amalan ini khilaf sepertimana amalan menyapu muka selepas salam. :confused:
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2149: Sapu muka lepas salam

:wassalam
Jawab:
Punca khilafnya sudah dikenalpasti. Ia berpunca dari hadis yg dikeluarkan oleh Tabarani dan Ibn alSunny (Dha'ef menurut Imam Syawkani, Nailool Awthor, 2/346) Ia juga berasal dari hadis keluaran Abu Daud, Termudzi, Ibn Majah, Ahmad dan Tabarani," jika salah seorang kamu berdo'a, kemudian mengangkat tangannya, maka sesungguhnya Allah menjadikan kedua tangan tadi barokah dan rahmat, dan Allah tidak akan menolak kedua tangannya sampai diusapkan kepada wajahnya." hadis in juga dha'ef menurut Syawkani & alHafeedz Ibn Hajar.
Aliran salafiya yg menyeru kepada mengikuti ajaran salaf mencela kita melakukan sesuatu amalan yg tidak ada asalnya dari salaf, namun jalan tengah ialah kita toleran dgn amalan yg popular ini kerana ia mutawatir (dilakukan orang banyak) dan jika mencegahnya dgn keras maka mereka akan menjadi bingung dan berselisih. Kita toleran dalam bid'ah yg kecil-kecilan yg tidak menyentuh akidah dan wajibat atau muharramat, maka amalan ini tidak perlu kita ributkan. Saya sendiri pun amalkan kerana sudah menjadi tabi'at atau malakah (darah daging sejak kecil) dan sukar sekali menghindarinya. WA