SJ - 2156 : DILEMA ANTARA MAJLIS TAHLIL-KENDURI DENGAN MAJLI

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2156 : DILEMA ANTARA MAJLIS TAHLIL-KENDURI DENGAN MAJLI

:salam

Ustaz sebenarnya tajuk nie saya tak tahu nak tulis apa? so saya tulis mcm nie,saya takut nanti org kata saya plak mcm2.Niat saya bukan mcm tu,sebab tak tahu nak tulis tajuk yang sesuai ngan soalan yang hendak saya ketengahkan.

Soalan saya:-
Baru nie saya dijemput ke majlis tahlil(seseorang) yang diadakan di masjid pada satu tarikh yang tertentu.Ok yang jadi masalahnya tarikh tu diadakan sama dengan satu majlis ilmu(bulanan yang di sampaikan oleh ustaz(pondok di P.Pinang) dimana saya sering ikuti pengajiannya disini.Jadi saya berbelah bahagi antara menghadiri majlis kenduri yang dijemput dengan majlis ilmu(bulanan) yang diadakan.

Dapat sekiranya ustaz menguraikan masalah nie secepat mungkin kerana tarikh diditeteapkan dalam minggu nie.
Saya dalam delima :confused: :confused: :confused:

Diakhiri jutaan terima kasih kerana sudi menyelesaikan masalah saya

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2156 : DILEMA ANTARA MAJLIS TAHLIL-KENDURI DENGAN M

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan daripada Saudara MATbLINK.

Nampaknya al-Ahkam online ini selain daripada menjadi gerbang ilmu di alam maya di dalam bidang hukum-hakam Islam , ianya juga menjadi medan perbincangan apa-apa isu yang ada kaitan dengan kehidupan seseorang Islam itu dan nampaknya , al-Ahkam.online juga menjadi medan kaunseling. Alhamdulillah , mudah-mudahan semuanya itu dapat kami ( selaku para pengendali web ini ) lakukan dengan cara yang terbaik dan ikhlas kerana Allah Ta’ala semata-mata .

Masalah Saudara MATbLINK ini sebenarnya ialah “ Masalah Serba-Salah “ ( Dilemma ).

Masalah ini juga ialah masalah : “ Fiqh Al-Awlawiyat “ ( Kefahaman Mengenai Apakah Perkara Yang Perlu Diutamakan ) .

Insya-Allah dengan izin Allah Ta’ala dan petunjuk-Nya , kami akan cuba memberikan sedikit-sebanyak jawapan demi menyelesaikan masalah saudara.

Marilah kita lihat apakah neraca timbangan yang perlu kita gunakan untuk menyelesaikan masalah seperti itu :

1 – Di antara kedua-dua majlis ilmu itu, yang mana satukah yang lebih besar manfaatnya ? .

Tahlil , setiap hari manusia mampu bertahlil, sama ada secara bersendirian ataupun secara berjemaah .

Adapun majlis ilmu bagi sesebuah penduduk kawasan itu berlainan pula masalahnya. Apatah lagi kalau ustaz jemputan itu adalah bukan anak tempatan dan beliau pula sibuk dengan banyak lagi aktiviti tarbiah dan tabligh ( menyampaikan dakwah).

Kalau kedua-dua majlis itu hendak diadakan di satu tempat yang sama ( contohnya di dalam sebuah masjid ) , maka lebih baik diberikan masa bagi ustaz tersebut untuk menyampaikan ilmunya ( bukannya lama pun …biasanya sejam sahaja pengajian lepas Maghrib diadakan ) , kemudia selepas itu. Dirikanlah solat Isyak berjemaah , dan kemudian , bolehlah pula diadakan majlis tahlil & kenduri . Dan biasanya semuanya itu akan tamat dalam sekitar jam 10.00 ataupun 10.30 malam .

Masalahnya ialah jika kedua-duanya diadakan di tempat yang berlainan di dalam masa yang sama . Bagaimana tindakan yang perlu diambil ? .

Jawapannya : Hadirilah majlis pengajian terlebih dahulu , kerana dengan ilmulah sesebuah amalan itu akan terpimpin. Peri pentingnya menuntut ilmu melebihi amal ini tidak perlu lagi dimungkiri. Lihatlah sahaja ke dalam Sahih Al-Imam Al-Bukhari ( rh ) , betapa beliau ( rh ) telah meletakkan satu tajuk di dalam sahihnya : [="green"] BAB ILMU ITU PERLU DIDAHULUKAN SEBELUM SESEBUAH AMALAN [/] ( teks tajuk dan isi mukaddimah bab itu akan saya letakkan di bawah dengan teks yang asli tanpa edit dan terjemahan ) .

Khalifah ‘Umar Bin ‘Abdul Aziz pernah menyatakan : “ Sesiapa yang melakukan sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka dia akan lebih banyak melakukan kerosakan daripada menimbulkan kebaikan “ . [

Ya ! sudah tentu ilmu lebih utama daripada amal. Jangankan di dalam masalah-masalah keagamaan sahaja, bahkan di dalam bidang keduniaan pun begitu juga. Seseorang manusia itu akan beroleh kerja setelah dia mempunyai ilmu. Makin tinggi ilmu diperolehinya maka makin tinggi pula status kerjanya di mata masyarakat.

Begitulah juga dengan orang yang memandu kereta. Bolehkah dia memandu kereta itu tanpa didahului dengan belajar memandu ?.

Cadangan saya bagi setiap saudara/I yang berhadapan dengan masalah seperti ini ialah : Pergilah terlebih dahulu ke majlis pengajian ilmu itu dan kemudian apabila balik, temuilah orang yang menjemput kita ke majlisnya walaupun lewat. Terangkan kepadanya dengan baik mengapakah kita lewat ke majlisnya. Dengan cara ini kita dapat menghadiri kedua-dua majlis tanpa meninggalkan keutamaan ilmu dan tanpa menggadaikan persaudaraan sesama tetangga / orang-orang Islam .

Ataupun telefonlah orang yang mengadakan kenduri itu terlebih dahulu dan katakan kepadanya apakah sebab kita masih belum sampai ke majlisnya. Bukankah cara ini juga manis dipandang dan disarankan oleh agama demi menjaga ukhuwwah dan sunnah Baginda Rasulullah s.a.w ?.

2 – Kita lihat di antara kedua-dua majlis tersebut yang manakah lebih cenderung kepada sunnah Baginda Rasulullah s.a.w ?. Menurut hemat saya , sudah tentulah majlis pengajian agama berbanding majlis-majlis tahlil. Apatah lagi tahlil yang mengalunkan zikir LA ILAHA ILLALLAH secara pakai ( gear 1 , 2 dan seterusnya ) tidaklah ditemuinya dalilnya daripada petunjuk Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a .

Tahlil ber”gear” yang saya maksudkan ialah cara sebahagian umat Islam yang mengadakan tahlil dengan cara dimulakan tahlil itu perlahan , kemudian kuat, dan akhirnya lebih kuat dan lebih laju ( gear 5 : 80 k.m ke atas ) dan ditutup dengan nada yang perlahan bercampur letih.

Maka sudah tentu majlis ilmu lebih utama berbanding majlis tahlil !.

Majlis pengajian ilmu lebih banyak manfaatnya ( lebih banyak jasanya untuk kita mengenali Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w ) berbanding majls tahlil & kenduri !.

Tapi , bagaimana pula dengan perasaan tuan punya majlis itu kalau tidak dihadiri majlisnya ? . à à à Jawapannya telah pun saya beri di atas !.

Sebelum saya menutup bicara, izinkan saya menyatakan sedikit pengalaman saya ketika menghadapi situasi seperti ini.

[="green"]Saya pernah dijemput ke sebuah majlis perkahwinan ( diadakan di malam hari ) dan atucara majlis tersebut bermula selepas maghrib sampailah jam 11.00 malam. Saya menghadapi dua masalah untuk menghadiri majlis tersebut.

1 – Saya sendiri telah dijemput untuk memberikan sedikit kuliah Maghrib di sebuah tempat yang agak jauh daripada kampung saya. ( 12 k.m ) .

2 – Majlis pernikahan itu memuatkan acara bersanding ( dah la tak tutup aurat si pengantin perempuan tu ) dan lelaki dan perempuan bercampur di dalam ruang tamu ( majlis persandingan itu diadakan ) . Ini saya tak suka sebab kedua-duanya telah jelas bukan daripada ajaran agama kita dan ianya terlarang pula.

Tapi kalau saya tak pergi langsung , bagaimana pula ? , walhal tuan punya majlis adalah jiran saya ( pernah pula mengajar saya mengaji al-Quran masa saya kecil-kecil dahulu ) . Bukankah tidak manis juga jika orang yang belajar agama dipandang tidak reti bermasyarakat !? .

Akhirnya, saya pun membulatkan tekad dan saya pun menyempurnakan dahulu majlis pengajian tersebut. Kemudian apabila saya sampai ke rumah ( sekitar jam 10.30 malam ) saya pun “ intai “ ( bukan mengintai ) melalui tingkap rumah saya, adakah majlis persandingan tersebut dah habis. Selamatlah saya. ….( alhamdulillah ). Dan dalam jam 11.00 malam ( ketika majlis dah nak habis dan ketika meja-meja hendak dikemas ) saya pun menemui jiran tersebut dan menyatakan sebab kelewatan saya. Alhamdulillah sebab-sebab kelewatan saya diterima secara baik olehnya dan dapat juga saya makan kenduri. Dan yang paling untungnya ( alhamdulillah ) saya dapat menyempurnakan majlis pengajian ilmu di malam itu, kemudian dapat pula menemui jiran saya yang mengadakan kenduri itu ( tanpa mengecewakannya ) dan dapat pula saya menyelamatkan diri saya daripada maksiat Majlis Persandingan itu. Dan saya juga bersyukur juga kepada Ilahi yang memberikan kekuatan kepada saya untuk memberikan nasihat mengenai majlis persandingan itu tanpa takut dan segan. [/]

Mungkin pengalaman saya itu boleh dikongsi bersama. Semoga ada manfaatnya bersama.

***********************************

LAMPIRAN DARIPADA SAHIH IMAM AL-BUKHARI ( RH ) MENGENAI KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU :

Kitab al-‘ilm ( 3 ) : Bab al-‘Ilm Qoblal Qaul Wal ‘Amal :

ÈóÇÈ ÇáúÚöáúãõ ÞóÈúáó ÇáúÞóæúáö æóÇáúÚóãóáö áöÞóæúáö Çááøóåö ÊóÚóÇáóì ( ÝóÇÚúáóãú Ãóäøóåõ áóÇ Åöáóåó ÅöáøóÇ Çááøóåõ ) ÝóÈóÏóÃó ÈöÇáúÚöáúãö æóÃóäøó ÇáúÚõáóãóÇÁó åõãú æóÑóËóÉõ ÇáúÃóäúÈöíóÇÁö æóÑøóËõæÇ ÇáúÚöáúãó ãóäú ÃóÎóÐóåõ ÃóÎóÐó ÈöÍóÙøò æóÇÝöÑò æóãóäú Óóáóßó ØóÑöíÞðÇ íóØúáõÈõ Èöåö ÚöáúãðÇ Óóåøóáó Çááøóåõ áóåõ ØóÑöíÞðÇ Åöáóì ÇáúÌóäøóÉö æóÞóÇáó Ìóáøó ÐößúÑõåõ ( ÅöäøóãóÇ íóÎúÔóì Çááøóåó ãöäú ÚöÈóÇÏöåö ÇáúÚõáóãóÇÁõ ) æóÞóÇáó ( æóãóÇ íóÚúÞöáõåóÇ ÅöáøóÇ ÇáúÚóÇáöãõæäó ) ( æóÞóÇáõæÇ áóæú ßõäøóÇ äóÓúãóÚõ Ãóæú äóÚúÞöáõ ãóÇ ßõäøóÇ Ýöí ÃóÕúÍóÇÈö ÇáÓøóÚöíÑö ) æóÞóÇáó ( åóáú íóÓúÊóæöí ÇáøóÐöíäó íóÚúáóãõæäó æóÇáøóÐöíäó áóÇ íóÚúáóãõæäó ) æóÞóÇáó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãóäú íõÑöÏö Çááøóåõ Èöåö ÎóíúÑðÇ íõÝóÞøöåúåõ Ýöí ÇáÏøöíäö æóÅöäøóãóÇ ÇáúÚöáúãõ ÈöÇáÊøóÚóáøõãö æóÞóÇáó ÃóÈõæ ÐóÑøò áóæú æóÖóÚúÊõãõ ÇáÕøóãúÕóÇãóÉó Úóáóì åóÐöåö æóÃóÔóÇÑó Åöáóì ÞóÝóÇåõ Ëõãøó ÙóäóäúÊõ Ãóäøöí ÃõäúÝöÐõ ßóáöãóÉð ÓóãöÚúÊõåóÇ ãöäó ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÈúáó Ãóäú ÊõÌöíÒõæÇ Úóáóíøó áóÃóäúÝóÐúÊõåóÇ æóÞóÇáó ÇÈúäõ ÚóÈøóÇÓò ( ßõæäõæÇ ÑóÈøóÇäöíøöíäó ) ÍõáóãóÇÁó ÝõÞóåóÇÁó æóíõÞóÇáõ ÇáÑøóÈøóÇäöíøõ ÇáøóÐöí íõÑóÈøöí ÇáäøóÇÓó ÈöÕöÛóÇÑö ÇáúÚöáúãö ÞóÈúáó ßöÈóÇÑöåö *

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

[="green"] 1 - FATHUL BARIY BI SYARH SOHIH AL-BUKHARI[/]
Oleh Al-Imam Al-Hafiz Syeikh Ibnu Hajar al-‘Asqolaniy ( rh )
Jilid 1 , halaman 215
Terbitan : Darul Fikr , Beirut.

[="green"] 2 - FIQH KEUTAMAAN ~ Al-Imam Al-Qaradhawi ( ha ) [/]
Terjemahan : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Nuryadi Asmawi ( UIAM )
Halaman : 59
Terbitan : Thinker’s Library Sdn. Bhd


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
5 / Dzulqa’edah / 1423 H
7 / Januari / 2003 M

SELASA – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum