SJ-2292 : Keluar 3 hari - Adakah ada nas?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2292 : Keluar 3 hari - Adakah ada nas?

apa kah betul kalau kita hendak menambahkan iman kita hendaklah kita keluar 3 hari, seminggu, dan 40 hari. Ada sesetengah orang mengajak keluar bersama jemaahnya dengan menggunakan hujah ini..adakah terdapat hadis nabi atau ayat al_quran mengenai ini,

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2292 : Keluar 3 hari - Adakah ada nas?

Wa'alaikumussalam

Keluar didalam ertikan menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah Islamiyyah sudah pasti ganjarannya hebat disisi Allah swt.. Apabila berbicara mengenai isitilah 'keluar 3 hari, 7 hari, 40 hari' biasanya merujuk kepada Jemaah Tabligh. Malah bekas mufti Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz bin Baaz ketika ditanya mengenai Jemaah ini, beliau mengatakan bahawa :"Jika diketahui bahawa bahawa aqidahnya baik dan pengetahuannya baik, maka Tidak mengapa mereka membantu berdakwah kejalan Allah swt [="#800000" size="3"](ÝáÇ ÈÃÓ ÈÇáÊÚÇæä ãÚåã Ýí ÇáÏÚæÉ Åáì Çááå ) dan ia dikategorikan didalam firman Alalh swtr sebagai : 'Dan bertolong-tolongan ke jalan kebajikan dan taqwa" [="#800000" size="3"] {æóÊóÚóÇæóäõæÇ Úóáóì ÇáúÈöÑøö æóÇáÊøóÞúæóì }.". Dalam ertikata lain, selagi aqidahnya betul, dan tidak melakukan perkara-perkara bid'ah, maka kerja-kerja 'keluar' berdakwah ini dapat menambah ganjaran dan keimanan seseorang.

Adakah keluar itu mesti 3 hari, 7 hari, 40 hari atau hari-hari yang specific? Jawapannya : TIDAK. Kerana ia tidak berdasarkan dalil yang syarie atau nas yang sahih. (Sila lihat jawapan THTL : SJ-1258 - bidaah keluar dakwah? ). Malah Mufti panel IslamOnline, Muhammad Ali Al-Hanooti tercari-cari dalil mengenainya, dengan katanya :"Saya tidak tahu bagaimana mereka mengambilnya. Alangkah baiknya kalau saya tahu apa-apa dalil mengenainya.". Menurut Ebrahim Desai, jumlah hari (3,7, 40) ini bukanlah dari syariat. Ia cuma keluar dari mulut ahli-ahli senior kumpulan Jemaah tersebut sahaja. Tambah beliau adalah menjadi satu kesalahan menjadi keutamaan jumlah hari sebagai alasan kuat hikmah keluar berdakwah, kerana menurut beliau jumlah-jumlah ini boleh bertukar.

Kesimpulannya, secara umum keluar berdakwah kejalan Allah bagi menyampaikan Islam merupakan amalan yang baik. Tetapi mendalilkan jumlah hari (3,7,40) atau menyakini ia sebagai asas dan hikmah untuk 'keluar berdakwah' adalah suatu perkara yang bid'ah. Dengan kata lain tidak terdapat nas dari hadith Nabi saw dan Al-Quran mengenai jumlah hari keluar bertabligh dan ia tidak boleh dijadikan hujjah / dalil mengajak orang lain keluar bersama mereka.

wallahu'alam

Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Fatwa : Keluar bersama Jemaah Tabligh. url : http://www.binbaz.org.sa/last_resault.asp?hID=2407
2. Muhammad Ali Al-Hanooti .Fatwa IslamOnline. Kumpulan Jemaah Islam. url : http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=14791
3. Mufti Ebrahim Desai. Duration of Tabligh. url : http://www.albalagh.net/qa/tabligh_duration.shtml
4. THTL : SJ-1258 - http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5658&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

========
wassalam

خيرالأمين