SJ-2306: [Fiqh Munakahat] Disisih sebab keturunan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2306: [Fiqh Munakahat] Disisih sebab keturunan

A'kum,
Walaupun saya beragama Islam (sejak lahir), namun ayah pasangan saya tidak merestui hubungan saya kerana saya berketurunan bukan "melayu". Apakan cara yg terbaik bagi kami teruskan niat utk dirikan rumahtangga? Adakah dgn mengingkari kata ayahnya, dia jadi anak derhaka walaupun alasan ayahnya bertentangan dng ajaran Islam? :confused:

Re: SJ-2306: [Fiqh Munakahat] Disisih sebab keturunan

:wassalam
Jwb:

Masalah spt ini agak kerap diajukan sebelum ini. Ia meliputi isu Kafaah (atau sepadan). Kufu dari segi bahasa ialah sama atau setaraf. dari segi terminologi ialah satu aspek yg ketiadaanya akan mencacatkan (kehidupan) dua mempelai itu. (Dr Muhd Bakar Ismail, Fiqh alWadih, 2/50; Dar alManar alQahirah, 1988)

Ia berdalilkan hadis hasan (HR) Termidzi dari Ali ra," Tiga perkara jangan engkau tangguhkan....perempuan apabila dilamar oleh lelaki yg sekufu dgnnya."
Madzhab Syafi'iy termasuk dalam pendapat jumhur yg menitikberatkan sekufu (setaraf) dalam mengatur jodoh; seterusnya Imam Syafi'iy ra berpendapat jika kedua-dua belah pihak rela menolak sekufuan, maka nikah itu tetap sah. (alUmm, cetakan Beirut, Jld 5/15)

Itulah kedudukannya sekufu (setaraf) dalam Islam. Malah dalam fiqh Syafi'iy yg mutaakhirin faktur umur pasangan juga termasuk sekufu. Perbedzaan umur yg terlalu jauh (cth: gadis remaja dijodohkan dgn lelaki tua) juga dianggap tidak setaraf. (Prof Dr Haron Din, Fasakh anNikah, 1983: ms 38)

Tapi dari tahqeeqan ahli Hadis, misalnya alMuhaddith Albania (Adabul Zifaf), kafa'ah yg mutlak dalam menentukan perkahwinan ialah akhlak dan agama. Inilah juga pendapat Madzhab Hanbali dan Zahiri (Dr Haron Din, ibid) Kami lebih cenderong kpd pendapat ini kerana secocok dgn idealisme Islam yg bersifat global dan mengutamakan taqwa ke atas nilai2 yg lain.
Masalahnya: kita berada dalam realiti yg sebaliknya.
Mengenai dilemma yg dihadapi oleh anda, wahai orang muda. Timbangkanlah aspirasi si ayah kepada anak gadisnya, dia inginkan menantu yg sekufu dgn anak gadisnya, lelaki yg ideal dan terbaik menurut penilaiannya. Sebelum anda memilih langkah2 yg penuh ranjau dan sulit, timbangkanlah dgn masak, berbincang dgn keluarga anda dan dalam hidup ini: bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. WA