SJ-2330: Persoalan DeJavu

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2330: Persoalan DeJavu

:salam

Saya ingin bertanya tentang Dejavu atau definisi lain iaitu perkara yang seolah-olah pernah terjadi sebelum . Adakah pandangan Islam tentang Dejavu ini dan adakah ia juga pernah diceritakan didalam Al quran mahupun Hadith? :chepa

:wassalam

Re: SJ-2330: Persoalan DeJavu

:wassalam
Jawab:
Tidak ada apa yg baru di dunia ini. Demikianlah kata Prof Muhammad alGhazali dalam kitabnya Jaddik hayaatak (perbaharuilah hidupmu). Maksudnya semua events dan perkara di atas muka bumi ini adalah Deja Vu yg real bukan illusi. Ya kalau kita kaji perjalanan tamaddun manusia, jatuh bangun sesuatu tamaddun, kezaliman dan keadilan, perdamaian dan peperangan, tabi'at dan keinginan manusia adallah suatu yg berulang-ulang. Kehidupan ini suatu putaran. Sebab itu pepatah ada mengatakan," siapa yg buta sejarah akan mengulanginya sekali lagi."

Firman Allah SWT:" maka ambillah iktibar utk dijadikan pelajaran, wahai orang2 yg mempunyai pandangan." alhasyr:02

" Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yg dengan itu mereka dapat memahami?.." alHajj: 46

" Sesungguhnya pada kisah2 mereka itu terdapat pengajaran bagi yg berakal.." Yusoff: 111

Itulah Deja Vu yg kami fahami. WA

Re: SJ-2330: Persoalan DeJavu

Tambahan:
mengikut definasi kamus English:
Deja vu =" illusion of having previously experienced something actually being encountered for the first time."
Terjemahan: suatu ilusi di mana seseorang mengalami suatu fenomena yg pada dasarnya sudah di tempuhi buat pertama kalinya.