SJ-2474: [U] Lagi pasal anak luar nikah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2474: [U] Lagi pasal anak luar nikah

Assalamualaikum,
Ada dua kes yang menjadi kemusykilan saya :

Kes 1. Si A (lelaki) dan Si B (perempuan) telah melakukan persetubuhan haram mengakibatkan Si B mengandung. Lalu mereka berkahwin dan Si B selamat melahirkan anak perempuan selepas 6 bulan perkahwinan mereka.

Kes 2. Si A (lelaki) dan Si B (perempuan) telah melakukan persetubuhan haram mengakibatkan Si B mengandung.Tetapi Si B telah telah berkahwin dengan seorang pak sanggup Si C dan Si B selamat melahirkan anak perempuan selepas 6 bulan perkahwinan mereka.

Soalannya :
Dalam kedua-dua kes, apakah status anak dari sudut :
1. Nasabnya
2. Wali bilamana anak tersebut ingin berkahwin siapakah yang bakal mewalikan perkahwinan anak tersebut.
3. Pembahagian harta pusaka.

Re: SJ-2474: [U] Lagi pasal anak luar nikah

[U] = soalan ulangan

:wassalam
Jawab:

1. 1. Nasab: anak itu sah dan boleh dibintikan kepada si A jika lahir selepas waktu minimum sesuatu kandungan: 6 bulan dua lahzat (dua detik). (Baha'uddin alMaqdasi, al Uddah syarah alUmdah/443)
1.2. si A boleh menjadi wali
1.3. si anak boleh menerima pesaka.

Kes kedua: Perbuatan pak sanggup itu adalah suatu perbuatan yg keji dan berdosa besar. Hukum asal: haram menasabkan si anak yg bukan hasil benihnya kepada dirinya. Jika ia mendaftar anak itu sebagai anaknya, maka dari segi perundangan dan pendaftaran sahlah anak itu menjadi anaknya, pesaka dan perwalian. Cuma pak sanggup itu dan orang yg bersyubahat akan menanggung dosa besar kerana hendak menipu Allah dan Rasul-Nya. Rumusan: Ia sah di sisi hukum zahir atau fiqh Nikah, tapi batal pada sisi hakikatnya. WA