SJ-2543: library fines and riba (II)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2543: library fines and riba (II)

Saya pernah diberitahu oleh seorg ustaz bahawa denda perpustakaan ditempat saya adalah riba. ini adalah kerana criteria2nya yg sama dgn faedah bank. faedah bank terhasil dari pinjaman wang dari bank dan faedah ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. begitu juga dgn denda lewat pulangkan buku perpustakaan, terhasil dari pinjaman buku dan denda ini meningkat dari semasa ke semasa. cthnya kalau lewat 20 hari darab 20sen = RM4, tapi kalau 40 hari jumlah ini akan meningkat kepada RM8. sifatnya memang tidak syak lagi, sebiji mcm faedah bank. kalaulah betul mcm tu, library kena cari jln lain nak denda budak2 lewat ni. memang banyak lagi alternatif lain kalau kita cari. persoalannya betulke macam tu?

Jawab:
Riba atau interest hanya berlaku dalam industri perbankan dan pinjaman kewangan spt chetty dan along. Adapun penalti atau dam atau denda kerana lewat memulangkan buku library itu tidaklah riba kerana library bukanlah institusi yg melibatkan pinjaman kewangan. Tujuan denda itu ialah utk mendisplinkan peminjam kerana buku2 itu akan dipinjam oleh orang lain pulak. Denda ini digunakan dengan meluas oleh semua institusi spt majlis perbandaran, pejabat tanah, JPJ, dll di mana mereka mendenda pelanggan jika melanggar syarat2 tertentu. WA

reply:
:salam

dulunya saya juga percaya begitu, tapi bila dapat tahu, duit denda itu sebenarnya bukanlah utk kegunaan library, tetapi kegunaan satu badan khas yg kerja mereka mencari sumber2 kewangan utk universiti. wang tersebut menjadi salah satu sumber pendapatan badan tersebut. dari apa yg saya baca dan belajar, antara sifat2 riba ni, ia adalah perolehan @ wang yg diperolehi tanpa perlu usaha dan menanggung risiko. senang2 je badan tersebut mendapat duit free tanpa perlu tanggung apa2 risiko dan kalau tak cari sumber lain pun mereka akan dapat secara percuma dari sumber denda ini.
saya merasakan bahawa, masih banyak cara lain utk mendenda malah yg lebih berkesan pun ada. cthnya: apa kata library menghentikan peminjaman kepada setiap buku yg lewat dipulangkan sebuah buku utk tempoh

hari. perkara ini dapat menyusahkan pesalah kerana perkara ini akan menyusahkan dia kelak bila dia perlu utk meminjam buku. mendenda dgn cara mengutip wang, dari pemerhatian saya tidak pun mendatangkan keinsafan dan ketakutan pada peminjam2. disebaliknya library memang saja je nak duit. bukan library tapi badan khas yg sepatutnya bertugas mencari dana yg menyalahgunakan konsep denda ini utk memudahkan kerja mereka. kalau benarlah ustaz menjawab berdasarkan kajian yg terperinci, saya ingin kan komen dari ustaz tentang pendapat saya ini. tapi jika jawapan ust (yg kat atas tu) tidak berdasarkan kajian terperinci, saya rasa saya nak buat research pasal hal ini.

Re: SJ-2543: library fines and riba (II)

:wassalam

Nampaknya anda ingin melepaskan geram pada library. Bayangkan anda berada dipihak pentadbir library, apakah yg anda akan lakukan pada peminjam yg gagal memulangkan buku mengikut jadual. Anda gagal mendisiplinkan diri dan bila kena denda, maka anda menyalahkan pihak library dan menuduhnya mengamalkan sistem riba. Ini kaedah yg batil atau fasid dalam mengeluarkan hukum. Anda membawa kereta dgn melebehi had laju dilebuhraya, dan dikenakan denda kompaun, anda dikenakan denda kerana kesalahan parking, anda menuduh JPJ mengenakan riba.

Bagaimana jika Allah mendenda anda. Anda bersetubuh di bulan Ramadhan, maka anda didenda berpuasa dua bulan berturut. Jika anda gagal membayar nazar, anda juga didenda samada, membebaskan hamba, memberi makan 10 orang miskin, atau memberi pakaian 10 orang miskin. Jika anda gagal melakukan wajib2 Haji, anda juga dikenakan denda.
Jika anda membunuh tanpa sengaja, anda juga dikenakan denda.

Library yg anda maksudkan mengenakan denda RM 0.20 sen sehari jika lewat, dan kalau kita undi kepada penjaring apakah denda 20sen sehari itu fair atau cekik darah? saya rasa 99% akan berkata denda 20 sen sehari itu fair. Jika anda ingin marah, marahlah pada denda dan saman yg dilakukan oleh Polis Trafik, KL sahaja mengumpul 50 juta setahun kompaun. Jika anda speeding, anda dikenakan kompaun maksimum 300 RM. Library adalah perbadanan awam, maksudnya jika library itu Library Awam, ia adalah milik anda juga dan seluruh pembayar cukai yg lain, maka dengan keilmuan kami yg sedikit ini, kami yakin denda 20 sen itu bukanlah riba. RIBA dibahaskan dalam tajuk mu'amalat yg melibatkan aktiviti ekonomi dan bukan dalam urusan pinjaman buku di public library. Jika anda tidak yakin dgn jawapan kami, silalah buat kajian terperinci utk mebuktikan dakwaan anda bahawa denda 20 sen itu adalah riba. Jika anda pasti ada konspirasi utk menindas peminjam, denda cekik darah ialah Rm 5.00 sehari. Jika ini berlaku hendaklah dilapurkan pada FOMCA, Kementerian tertentu utk menyiasat. Jika 20 sen, apakah 20 sen nilainya hari ini? Kami agak keras sedikit kerana kami rasakan anda masuk ke Ahkam utk meminta Ahkam endorse suatu keyakinan yg tidak benar. WA