SJ-2557: Satu Al-Fatihah untuk ramai orang

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2557: Satu Al-Fatihah untuk ramai orang

:salam
Di sini saya ingin bertanya lagi. Bolehkah kita menghadiahkan sekali bacaan al-Fatihah kepada ramai orang misalnya kepada Rasulullah SAW dan keluarga baginda, kedua ibubapa dan keluarga, datuk nenek dan saudara mara, alim ulama', rakan2 dan orang2 yang beriman? :doa

Alhamdulillah, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara pendekar kerana bersusah payah dan berkorban masa bagi menjawab kemusykilan saya. Allah sajalah yang dapat membalas saudara. Terima kasih juga pada panel2 di sini yang sudi menyelesaikan permasalahan saya terutama Ust. THTL...syukran lakum. Jazakallahu khairan kathiran. :doa
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2557: Satu Al-Fatihah untuk ramai orang

:wassalam
Jawab:
Terimakasih kembali di atas kata2 penghargaan tersebut.

Fenomena menghadiahkan alFatihah semakin menjadi-jadi sekarang ini. Selalunya hadiah ini ialah bila kita memberi kpd seseorang sesuatu yg berharga yg kita miliki kpd orang yg tidak memilikinya, walhal alFatihah ini diberi kepada semua manusia, diperintahkan membaca minima 17 kali sehari dalam solat fardhu. Sungguh anih sekali kita memberi hadiah sesuatu yg telahpun dimiliki oleh orang yg kita hadiahkan itu.
Yang sebenarnya isu utama ialah: menghadiahkan pahala bacaan alFatihah kepada para arwah? betul tak? Setengahnya isu pahala bacaa Yassin kepada mayyit.
Jadi isu bacaan alQur:an pada mayyit ini sudah banyak dibahaskan sebelum ini.
Saya rumuskan dari dua Imam:
a. Imam Rashid Ridha (tafsir alManar pada ayat terakhir surah alAn'am: 164) Oleh kerana perbuatan menghadiahkan pahala bacaan alQur:an merupakan ibadah, ia memerlukan dalil utk kita melakukannya (sedangkan ia tidak ada). ia dilakukan oleh masyarakat Baduwi yg tidak disandarkan pada hadith sahih ataupun dha'ef, bahkan di palsukan hadis dan dipalsukan nama ulama'.
b) Imam alhafeedz asySyawkani (tafsir fathul Qadeer) [pada ayat anNajm: 39]
"dan bahawasanya seorang manusia tidak memperolehi melainkan apa yg ia usahakan"
Maksudnya tidak berguna kita beramal dan dihadiahkan utk seseorang.
Bid'ahnya amalan ini disahkan oleh Syaikh Saleh alUthaymeen, Nur 'ala Darbi, Jld 1. WA