SJ-2560: [URGENT] Zakat Pertanian

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2560: [URGENT] Zakat Pertanian

:salam

Bagaimana kedudukan zakat pertanian (padi) di Malaysia nie? ini adalah situasinya:

i. Sekarang ini semua usaha padi perlukan upah, baja, racun dan kos jentera (tuai/kubota dll) ini semua adalah melibatkan dengan kos-kos yang tinggi terutamanya racun yang baru kerana adanya rumput-rumput dalam petak sawah yang tak mati dengan racun yang lama. so racun nie mahal

ii. Cost of living (Kos sara hidup) yang tinggi dan biasanya petani nie tak dapat pembelaan dari kerajaan.

Soalan saya bagaimana dengan zakat mereka, apakah zakat yang dikeluarkan selepas penolakan semua overhead cost atau ikut cara lama dapat padi pastu keluar zakat dan lepas baru tu baru tolak cost (kalau macam nie, perlu ada satu penyelesaian yang komprehensif)

sritanjung :doa :srug

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2560: [URGENT] Zakat Pertanian

:wassalam
Jawab:
Sdr/i sritanjung dahpun menghantar personal message supaya saya cepatkan menjawab soalan Zakat pertanian ni. Utk perhatian semua, sejak akhir2 ini thtl agak sibuk sikit, dah lumrahlah, kekadang ada tahun tu saya agak kesibukan, saya harapkan Ustaz cairo, Ust Pndkr lebih banyak menjawab...saya ni nak jawab soalan yg berat2 aje. Wbmnp, saya cuba selesaikan masalah anda.

a. Nisab zakat padi ialah: 5 Ausaq bersamaan dgn 653 kilogram. (Dalil: HR Ahmad, alBaihaqee dari Abu Hurayra ra)
Metodenya: 10% dari jumlah harvest (hasil) jika menggunakan sumber asli, spt air hujan dan tanpa kos pertanian. 5% jika menggunakan kos saliran dan lain2 input. Di Malaysia menggunakan metode ini yakni 5% kerana menggunakan saliran dan kos input yg tinggi.

Ada cara lain: Yakni jumlah hasil pengeluaran ditolak kos pengeluaran dan bakinya dikenakan zakat 5%. Dr Abdul Karim Zaydan, alMufassal; Jld 2; Dr KH Didin Hafidzuddin, Zakat: panduan Praktis, Gema Insani Jakarta, 1998/ ms 67. WA