SJ - 2697 : Sembahyang Sambil Lihat Quran

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2697 : Sembahyang Sambil Lihat Quran

Bolehkah kita sembahyang sambil melihat kepada Al-Quran? Bukankah itu perbuatan bidaah?
:confused:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2697 : Sembahyang Sambil Lihat Quran

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anakmurid dengan kadar kemampuan yang terbatas, Insyaallah.

Pada umumnya, membaca Al-Quran dari Mushafnya lebih baik dari hafalan, kerana ia lebih tepat dan menolong seseorang itu mengingati dengan lebih baik. Akan tetapi jika membaca dengan mengguna hafalan lebih baik dan menolong seseorang menumpukan perhatiannya dengan baik atau khusyuk, maka lebih baik ia mengunakan ingatannya.

Imam Al-Nawawi didalam Al-Azkar[1], Bab "Kitab Tilaawah Al-Quran" (ms 95) mengatakan :

"Membaca Al-Quran dari Mushaf adalah lebih baik daripada menggunakan ingatan, ia adalah pandangan para sahabat dan ia mashyur pandangan ini dikalangan salaf. Ini tidak berdasarkan kepada semua keadaan, dimana jika pembaca boleh menumpukan perhatian dan maknanya dengan lebih baik dari ingatan, maka membaca darim ingatan adalah lebih baik. Jika keadaan kedua-duanya sama, maka membaca dari Mushaf adalah lebih baik. Inilah yang dimaksudkan oleh para salaf".

Walaubagaimana pun menurut Sheikh Ibnu Utsaimin[2], didalam solat, adalah lebih baik dibaca menggunakan ingatan, kerana bagi mereka yang membaca mengguna Mushaf, ia akan melakukan perkara ini berulang kali seperti memegangnya, meletakkannya kebawah, membuka muka surat dan membaca hurufnya. Dengan melakukan ini, ia akan terlepas peluang meletakkan tangan kanannya keatas tangan kiri diatas dada apabila melakukan qiam didalam solat, atau mengembangkan tangannya semasa ruku' dan sujud', jika ia meletakkan Al-Quran ditangannya. Maka kami fikir bahawa adalah lebih afdal bagi mereka yang bersolat mengunakan bacaan dari ingatannya dari menggunakan mushaf.

Ulama' mengatakan bahawa Imam membaca Al-Quran dari Mushafnya tidaklah dilarang. Al-Lajnah Al-Daa'imah didalam Fatwa no: 9815[3] mengatakan :

[="#0000ff" size="3"]ÊÌæÒ ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä Ýí ÇáÕáÇÉ ãä ÇáãÕÍÝ Ýí ÑãÖÇä æ Ýí ÛíÑå Ýí ÇáÝÑÖíÉ æ Ýí ÇáäÇÝáÉ ÃËäÇÁ ÇáÕáÇÉ ÇáÌåÑíÉ ÅÐÇ ÏÚÊ ÇáÍÇÌÉ Åáì Ðáß.
"Boleh membaca Al-Quran didalam solat dengan menggunakan Mushaf pada bulan Ramadhan dan bulan yang lain, didalam solat fardu atau sunat, tatkala solat jahar jika ada hajat penggunaan keatasnya".

Selanjutnya dijelaskan lebih lanjut oleh Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :

[="#0000ff" size="3"]áÇ ÍÑÌ Ýí ÇáÞÑÇÁÉ ãä ÇáãÕÍÝ Ýí ÞíÇã ÑãÖÇä áãÇ Ýí Ðáß ãä ÅÓãÇÚ ÇáãÄãäíä ÌãíÚ ÇáÞÑÂä º æáÃä ÇáÃÏáÉ ÇáÔÑÚíÉ ãä ÇáßÊÇÈ æÇáÓäÉ ÞÏ ÏáÊ Úáì ÔÑÚíÉ ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÁÇä Ýí ÇáÕáÇÉ¡ æåí ÊÚã ÞÑÇÁÊå ãä ÇáãÕÍÝ æÚä ÙåÑ ÞáÈ æÞÏ ËÈÊ Úä ÚÇÆÔÉ ÑÖí Çááå ÚäåÇ ÃäåÇ ÃãÑÊ ãæáÇåÇ ÐßæÇä Ãä íÄãåÇ Ýí ÞíÇã ÑãÖÇä æßÇä íÞÑà ãä ÇáãÕÍÝ ÐßÑå ÇáÈÎÇÑí ÑÍãå Çááå Ýí ÕÍíÍå ãÚáøöÞÇ ãÌÒæãÇ Èå .
"Tidaklah salah membaca Al-Quran dengan menggunakan Mushaf dimalan solat Ramadhan sebab ia membolehkan para jemaah mu'min mendengar bacaan Al-Quran. Dan kerana terdapat dalil syara' dari Al-Quran danm Hadith menunjukkan membaca al-Quran didalam solat, yang menunjukkan kedua-duanya iaitu membaca Al-Quran menggunakan mushaf dan hati, dan ini thabit dari 'Aisyah (rh) seseunggunya beliau telah mengarahkan Hamba yang dibebaskan, Zdhakwaan menjadi Imam Solat Ramadhan, dan da membaca Al-Quran melalui Mushaf, diriwayatkan oleh al-Bukhaari didalam Sahihnya, didalam riwayat mu’allaq majzum."

Kesimpulannya, dibenarkan kepada Imam membaca Al-Quran melalui Mushafnya, akan tetapi adalah lebih afdal menggunakan ingatannya, kerana sekurang-kurangnya sunat-sunat perbuatan didalam qiam (seperti meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri, diatas dadanya).

wallahu 'alam

-wassalam-

-------
Rujukan :

1. Imam Al-Nawawi. Al-Azkar. Beirut : Dar Ma'rifah.[19??].

2. Fataawa of Sheikh ibn ‘Utsaimin, al-Fataawa al-Islamiyyah, (8/4). url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=3465&dgn=3&dgn=2

3. Fataawa Al-Lajnah Al-Daa'imah LilBuhuth Al-'Alamiyah wa Al-Ifta' - 6. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'aiyad, 2000. ms 396.

4. Fataawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Al-Fataawa al-Islamiyyah, (2/155) url - : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=1255&dgn=3&dgn=2

خيرالأمين

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re:SJ – 2697 : SEMBAHYANG SAMBIL MELIHAT al-QURANUL KARIM

TAMBAHAN KEPADA JAWAPAN DI ATAS


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2697 : SEMBAHYANG SAMBIL MELIHAT al-QURANUL KARIM

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara anakmurid yang mengajukan soalan di atas . Bukankah lebih baik saudara bertanya begini : “ Bolehkah kita sembahyang sambil melihat al-Quran ? “ , tanpa diakhiri dengan perkataan : “ Bukankah itu perbuatan bid’ah “ ? . Sebab perkataan kedua itu menyebabkan orang menyangka bahawa saudara sudah mengetahui hukum mengenai hal yang diajukan , maka apa perlu lagi ditanyakan kepada al-Ahkam Online . Tidakkah itu “ seolah-olah “ mahu mengajak panelis al-Ahkam berpolemik dengan saudara ataupun turut menyokong pandangan saudara ? .

Walau bagaimanapun kami tetap akan menjawab soalan saudara , mudah-mudahan ia bukan sahaja boleh membantu saudara , bahkan ia boleh membantu kita semua .

Sebagai mana yang kita maklumi bersama , membaca surah selepas menyebut Amin ( selepas al-Fatihah ) itu adalah SUNAT hukumnya , sama ada bagi imam ataupun makmum ataupun bersembahyang bersendirian . Oleh itu sesebuah sembahyang yang dilakukan tanpa dibaca padanya apa-apa surah selepas Amn dikira tetap SAH walaupun pahalanya dianggap kurang ( kerana meninggalkan amalan sunat ) .

Apabila seseorang yang bersembahyang itu ingin membaca apa-apa surah selepas Amin , maka bolehlah ia membaca apa-apa sahaja surah yang dia hafali ( ingati / hafaz ) . Namun apabila dia sendiri bukanlah seorang yang menghafal surah-surah yang ingin dibacakan itu sudah tentu dia sendiri memerlukan kepada mushaf ( lembaran / naskah ) al-Quranul Karim . Maka apakah hukum bagi perbuatan itu ? .

Al-Imam Malik Bin Anas rh pernah menyatakan bahawa ada seorang hamba kepada Saiyidah ‘A’isyah r.a menjadi imam kepada beliau r.a dan membaca ayat-ayat suci al-Quranul Karim sambil melihat kepada mushaf .

Al-Imam asy-Syafi’e rh pula memandang hal itu sebagai TIDAKLAH MENGAPA ( HARUS ) selagi tidak dilakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan sembahyang itu batal seperti pergerakan yang banyak .

Al-Imam an-Nawawi rh berkata pula di dalam kitab al-Majmuk : Syarh al-Muhazzab : “ Kalau seseorang itu membuka helaian-helaian mushaf al-Quranul Karim di dalam sembahyangnya secara kadang-kadang , maka tidaklah batal sembahyangnya “ .

Al-Imam Malik rh , al-Imam asy-Syafi’e rh dan al-Imam Ahmad rh telah SEPAKAT mengatakan bahawa perbuatan melihat kepada isi-isi al-Quranul Karim melalui mushafnya adalah HARUS di dalam sembahyang-sembahyang sunat dan tarawih ( khasnya ) . Dan jika ia dilakukan di dalam sembahyang – sembahyang yang fardhu ( sembahyang 5 waktu ) maka ia adalah MAKRUH walaupun sembahyang itu sah .

Manakala al-Imam Abu Hanifah rh dan al-Imam Daud adz-Dzohiri rh pula menyatakan bahawa perbuatan itu menyebabkan sembahyang menjadi BATAL kerana perbuatan itu dianggap sebagai perbuatan yang panjang masanya dan perbuatan itu samalah juga dengan perbuatan seseorang itu meneliti apa-apa bahan bacaan selain al-Quranul Karim sedangkan dia sedang bersembahyang .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

KESIMPULANNYA :

Jika perbuatan di atas dilakukan di dalam sembahyang-sembahyang sunat dan lebih-lebih lagi di dalam sembahyang Tarawih ( disebabkan sudah menjadi adat umat Islam mahu menghabiskan 30 juzuk al-Quranul Karim di dalam bulan Ramadhan ) , maka perbuatan itu adalah HARUS .

Pihak masjid / surau yang mahu perbuatan itu dilakukan haruslah berusaha menyediakan satu rehal / meja kecil yang tinggi yang memudahkan si imam membelek-belek mushaf al-Quranul Karim secara pergerakan yang minima ( sedikit ) .

Dan jika ia dilakukan di dalam sembahyang-sembahyang fardhu maka hukumnya adalah MAKRUH walaupun sembahyang itu dianggap sah .

Dan memanglah Baginda Rasulullah s.a.w dan kebanyakan para sahabat r.a sendiri TIDAK MELAKUKAN perbuatan melihat mushaf al-Quranul Karim di dalam sembahyang mereka , ini disebabkan mereka sendiri adalah orang-orang yang menghafal dan mengingati al-Quranul Karim dengan sebaik-baiknya .

Namun perbuatan hamba kepada Saiyidah ‘A’isyah r.a di atas itu adalah DALIL BAHAWA PERBUATAN TERSEBUT tidaklah dianggap bid’ah di dalam beribadah , kerana kalau ia dianggap bid’ah sudah tentu ia akan ditegur dan “ diperangi “ oleh Saiyidah ‘A’isyah r.a sendiri memandangkan beliau r.a sendiri adalah penegak Sunnah dan pembasmi bid’ah dan beliau rh sendiri adalah di antara mahaguru terbesar umat Islam di zaman itu . :non

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

CATATAN : Mengapakah Pendekar menjawab soalan yang sudah dijawab oleh al-Fadhil Tuan Haji Kamin ? . Ini disebabkan semasa saya melihat soalan ini tadi , al-Fadhil Tuan Haji Kamin masih belum menjawabnya , sebab itulah saya pun “ cop “ dan jawab soalan ini . Namun apabila saya on-line kembali , rupa-rupanya Tuan Haji yang hensem itu telah pun menjawabnya . ‘Ala kulli hal , mudah-mudahan 2 jawapan daripada kami ini lebih memudahkan kita semua untuk mempelajari permasalahan di atas . :yess

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-'Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha
{ Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif }
Jilid : 2 , Bahagian : 7 , Halaman : 232 – 233
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
6 / Jumadi Awwal / 1424 H
6 / Julai / 2003 M

AHAD ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum