SJ - 2775: solat jumaat bagi mazhab syafie bila keadaan tak

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2775: solat jumaat bagi mazhab syafie bila keadaan tak

assalamualaikum...
Saya ingin bertanyakan soalan bagaimana mahu melakukan solat Juma'at sekiranya tidak cukup 40 org dari segi mazhab Syafi'ie dan apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat dalam keadaan seperti ini menurut mazhab Syafie? sekian..may Allah bless you..assalamualaikum :clap :dollar

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2775: solat jumaat bagi mazhab syafie bila keadaan

:wassalam
Ahli Hadis yg paling menyerlah abad ini, alMuhaddith Albani telah membuat tahqeeqan (penilaian analitis) dalam masalah ini dan inilah rumusannya:
Amat anih sekali dalam perkembangan Fiqh sehingga aku dapati ada 15 pendapat fiqih mengenai bilangan ahli Juma'at dan keabsahan solat Juma'at. Madzhab Syafi'iy dan Hanbali menetapkan bilangan minima 40 orang kerana solat Juma'at pertama kali di Medina ialah 40 orang. Imam Malik pula menetapkan 12 orang kerana suatu Juma'at di Medina, ahli Juma'at keluar beramai-ramai meninggalkan (Juma'at) kerana menyambut kafilah bisnes dari Syam dan yg tinggal hanya 12 orang sahabat. Madzhab Abu Hanifah berpecah dua: Imam Abu Hanifah sendiri: minima 4 orang, manakala (Muhammad) alHasan ialah 2 orang.
Yang benar hadith2 dan peristiwa itu bukanlah isyarat menunjukkan syarat sah Juma'at ialah dgn bilangan tertentu, kerana bilangan2 dalam kisah2 itu hanyalah kebetulan sahaja. Kerana itu adalah Bid'ah rupanya perbuatan mengira-ngira bilangan ahli Juma'at itu. (Bida' alJumu'ah)

alImam alhafeedz alSyuyuti (Risalah alJumu'ah/40) : "tiada satu hadis pun yg sah tentang bilangan Juma'at."
Syaykhul Islam IT (Sunnal alJumu'ah/12) meriwayatkan fatwa Umar alKhattab ra, Khalifah kedua, melalui sumber Abu Huraira ra (Ibn Abi Syaibah, alMusannaf, 2/101), Umar diutuskan surat2 memohon fatwa mengenai bilangan Juma'at di wilayah2 yg baru dikuasai Islam spt negara2 Teluk (Bahrain, Qatar), Umar ra menulis dan mengirimkan fatwa," Berjuma'atlah kamu menurut keadaan kamu." Maksudnya bilangan ahli Juma'at bukanlah menjadi syarat sah Juma'at.
Dengan penemuan2 baru dari ahli tahqeeq, maka pendapat2 yg pelbagai dalam bilangan ahli Juma'at adalah tertolak dan pendapat Hanafi adalah lebih rajih. WA