SJ - 2830 : aurat with perempuan non-muslim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2830 : aurat with perempuan non-muslim

:wassalam

Aurat antara perempuan muslim dan non-muslim adalah sama seperti aurat perempaun muslim dengan lelaki ajnabi. Persoalannya,adakah terbatal air sembahyang apabila bersentuhan dgn perempuan non-muslim ini (sesama perempuan)?
syukran! :confused:

Re: SJ - 2830 : aurat with perempuan non-muslim

wa'alaikumussalam. Afwan sdri az_nur. Kami akan cuba menjawab soalan yang dikemukan oleh anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Alhamdulillah. Persoalan aurat wanita muslim dengan non-muslim khilaf diantara ulama. Soalan ini telah dijawab oleh Ketua Panel Fiqh Al-Ahkam, Ustaz THTL dan dibawah ini adalah urlnya :

1. SJ-1507: aurat wanita dgn wanita non-muslim

2. SJ-1603: batas awrat

Kami bawa lagi kenyataan fatwa yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, kata beliau :

[="#0000ff" size="3"]ÇáÕÍíÍ Ãä ÇáãÑÃÉ ÊßÔÝ ááãÑÃÉ ÓæÇÁ ßÇäÊ ãÓáãÉ Ãæ ßÇÝÑÉ ãÇ ÝæÞ ÇáÓÑÉ æÊÍÊ ÇáÑßÈÉ ÃãÇ ãÇ Èíä ÇáÓÑÉ æÇáÑßÈÉ Ýåæ ÚæÑÉ Ýí ÍÞ ÇáÌãíÚ áÇ ÊÑÇå ÇáãÑÃÉ ãä ÇáãÑÃÉ ÓæÇÁ ßÇäÊ ãÓáãÉ Ãæ ÛíÑ ãÓáãÉ ÞÑíÈÉ Ãæ ÈÚíÏÉ ßÇáÚæÑÉ ááÑÌá ãÚ ÇáÑÌá ÝááãÑÃÉ Ãä ÊÑì ãä ÇáãÑÃÉ ÕÏÑåÇ æÑÃÓåÇ æÓÇÞåÇ æäÍæ Ðáß ßÇáÑÌá íÑì ãä ÇáÑÌá ÕÏÑå æÓÇÞå æÑÃÓå æÃãÇ Þæá ÈÚÖ Ãåá ÇáÚáã Ãä ÇáãÑÃÉ ÇáßÇÝÑÉ áÇ ÊßÔÝ áåÇ ÇáãÄãäÉ Ýåæ Þæá ãÑÌæÍ Ýí ÃÕÍ Þæáí ÇáÚáãÇÁ áÃä ÇáíåæÏíÇÊ ßä Ýí ÚåÏ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã æåßÐÇ ÇáæËäíÇÊ íÏÎáä Úáì ÃÒæÇÌ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã áÍÇÌÊåä æáã íõÍÝÙ Ãäåä ßä íÊÍÌÈä ãäåä æåä ÃÊÞì ÇáäÓÇÁ æÃÝÖáåä .
"Pandangan yang shahih berkenaan ialah wanita boleh dari pusat ke atas dan apa yang dibawah lutut dihadapan wanita lain, samada wanita Islam atau kafir. Bagi bahagian diantara pusat hingga ke lutut, ini adalah aurat yang mesti ditutup dihadapan semua orang. Tidak ada wanita yang dibenarkan melihat bahagian wanita dikawasan ini, samada Islam atau kafir, saudara atau tidak; begitulah juga aurat diantara lelaki (lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yg lain). Wanita boleh melihat dada, kepada, dagu dsb wanita yang lain; begitu juga lelaki boleh melihat dada, dagu, dan kepada lelaki lain. Mengenai pandangan ulama' bahawa wanita tidak boleh membuka hijab di hadapan wanita kafir, pandangan ini telah didahulukan oleh 2 pandangan ulama yang lebih shahih, kerana semasa zaman Nabi saw, ada seorang wanita Yahudi yang biasa memasuki rumah isteri-isteri Nabi bagi beberapa urusan; tidak diriwayatkan bahawa mereka memakai hijab didepan mereja, dan mereka itu adalah merupakan wanita yang terbaik dan paling wara'."

Pandangan ini menegaskan bahawa aurat wanita dihadapan wanita kafir adalah sama dengan aurat wanita dihadapan wanita Islam, tidak ada bezanya.

Menyentuh wanita lain, baik islam atau bukan Islam bukanlah termasuk perkara-perkara yang membatalkan wudhu'. Malah Ibn Utsaimin didalam al-Sharh al-Mumti’ dan Rumah fatwa Arab Saudi tidak menyenarai isu lelaki menyentuh wanita merupakan sebab-sebab pembatal wudhu'. Perbincangan ini dapat dilihat didalam Soaljawab Al-Ahkam dan diantaranya :

1. SJ-2553 : Wudhuk Suami & Isteri

2. SJ-1252: batal air sembahyang [>100D]

3. SJ-2275: persoalan perbezaan pendapat ulama

4. SJ-2093: Wudhu'-Menyentuh wanita (2)

--------------
Ringkasnya ialah kami memegang kepada pendapat tidak ada bezanya antara aurat wanita Islam dan bukan Islam. Menyentuh wanita bukan Islam bukanlah merupakan penyebab yang membatalkan wudhu'. Wallahu'alam

wassalam

-----------------
Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. al-Fataawa al-Jaami’ah li’l-Mar’ah al-Muslimah - 3/830 . Riyad : Dar Al-Watan, ????.

2. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah - 5/264. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Muayyad, 2000.

خيرالأمين