SJ - 2847 : [U] Nur nabi Muhammad

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2847 : [U] Nur nabi Muhammad

assalamualaikum..
saya ingin bertanya soalan yang dikemukakan kpd saya mngenai NUR nabi Muhammad.adakah ianya wujud sebelum nadi Adam? utk pengetahuan, saya sendiri tidak memahami soalan tersebut.mungkin pihak alahkam mempunyai jawapannya.terima kasih :salam

jawair (not verified)
Re: nur nabi Muhammad

:salam

Yang bertanya,

Persoalan ini telah pernah dijawab di URL di bawah;

SJ – 2646 : APAKAH SEBENARNYA “ NUR MUHAMMAD “ ?
#14282 - 13/06/2003 03:32

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=14792&Forum=All_Forums&Words=nur%20muhammad&Match=Entire%20Phrase&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=14282&Search=true#Post14792

:microwave

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2847 : [U] Nur nabi Muhammad

wa'alaikumussalam

Terima kasih sdr jawair kerana membantu memberikan url mengenai Nur Muhammad dari Soal-Jawab yang lepas. Kepada sdr/i eqah, bolehlah cuba menggunakan pencarian [Search] yang ada pada al-ahkam untuk mencari Soal-Jawab yang lepas. Walaubagaimana pun, untuk tidak mengecewakan, kami memetik fatwa yang lain pula mengenai konsep Nur Muhammad saw.

Didalam Fatwa bernombor 189 keluaran Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah (1/446) menyebut:

[="#0000ff" size="3"] ááäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã äæÑ åæ äæÑ ÇáÑÓÇáÉ æÇáåÏÇíÉ ÇáÊí åÏì Çááå ÈåÇ ÈÕÇÆÑ ãä ÔÇÁ ãä ÚÈÇÏå ¡ æáÇ Ôß Ãä äæÑ ÇáÑÓÇáÉ æÇáåÏÇíÉ ãä Çááå . ÞÇá ÊÚÇáì : " æãÇ ßÇä áÈÔÑ Ãä íßáãå Çááå ÅáÇ æÍíÇ Ãæ ãä æÑÇÁ ÍÌÇÈ Ãæ íÑÓá ÑÓæáÇ ÝíæÍí ÈÅÐäå ãÇ íÔÇÁ Åäå Úáíã Íßíã æßÐáß ÃæÍíäÇ Åáíß ÑæÍÇ ãä ÃãÑäÇ ãÇ ßäÊ ÊÏÑí ãÇ ÇáßÊÇÈ æáÇ ÇáÅíãÇä æáßä ÌÚáäÇå äæÑÇ äåÏí Èå ãä äÔÇÁ ãä ÚÈÇÏäÇ æÅäß áÊåÏí Åáì ÕÑÇØ ãÓÊÞíã ÕÑÇØ Çááå ÇáÐí áå ãÇ Ýí ÇáÓãÇæÇÊ æãÇ Ýí ÇáÃÑÖ ÃáÇ Åáì Çááå ÊÕíÑ ÇáÃãæÑ " ÓæÑÉ ÇáÔæÑì ÇáÂíÉ 73 , æáíÓ åÐÇ ÇáäæÑ ãßÊÓÈÇ ãä ÎÇÊã ÇáÃæáíÇÁ ßãÇ íÒÚã ÈÚÖ ÇáãáÇÍÏÉ ¡ ÃãÇ ÌÓãå Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ýåæ Ïã æáÍã æÚÙã .. ÅáÎ ¡ ÎáÞ ãä ÃÈ æÃã æáã íÓÈÞ áå ÎáÞ ÞÈá æáÇÏÊå æãÇ íÑæì Ãä Ãæá ãÇ ÎáÞ Çááå äæÑ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãæ Ãä Çááå ÞÈÖ ÞÈÖÉ ãä äæÑ æÌåå æÃä åÐå ÇáÞÈÖÉ åí ãÍãÏ Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝäÙÑ ÅáíåÇ ÝÊÞÇØÑÊ ÝíåÇ ÞØÑÇÊ ÝÎáÞ ãä ßá ÞØÑÉ äÈíÇ Ãæ ÎáÞ ÇáÎáÞ ßáåã ãä äæÑå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝåÐÇ æÃãËÇáå áã íÕÍ ãäå ÔÆ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã
"Nabi saw mempunyai Nur iaitu nur Risalah dan Hidayah dari Allah, melalui Allah diberinya hidayah kepada barangsiapa hambanya. Tidak dinafikan bahawa nur (cahaya) dari risalah dan hidayah datang dari Allah swt, Firman Allah swt :

'Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan. ' - [al-Shura 42:51-53].

Cahaya (nur) tidak berasal dari Mahkota Anbiya sebagaimana yang dakwa oleh setengah (Al-Mulaahidah) orang, jasad baginda saw terdiri dari darah, daging dan tulang....dan seterusnya. Beliau telah dihasilkan dari ayah dan ibu, dan tidak wujud sebelumnya, sebelum beliau dilahirkan. Kenyataan yang mengatakan perkara yang awal dijadikan oleh Allah ialah Nur Muhammad saw, atau bahawasanya Allah mengengam beberapa nur dari wajahnya dan gengaman itu adalah Muhammad saw, kemudian dia melihat kearahnya dan ia telah berbentuk titisan, dan dari setiap titisan membentuk Nabi, atau dia mencipta semua kejadian dari Nur nabi saw - Semua kenyataan ini dan misalnya TIDAK SAHIH, dan tiada sebarang perkara yang telah diriwayatkan dari Nabi saw mengenai perkara ini."
---------

Perbincangan yang lebih lanjut bolehlah dilihat dari url dibawah ini yang telah dijawab dengan baik oleh sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Pendekar, dimana beliau telah merumuskan pandangan-pandangan al-ahkam mengenai Nur Muhammad:-

SJ – 2646 : APAKAH SEBENARNYA “ NUR MUHAMMAD “ ?

-------
wallahu 'alam, wassalam

Rujukan :

1. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah - 1. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Muaayad, 2000.

خيرالأمين