SJ - 2868: Kedudukan : Aku rasa macam tak percaya dalam amal

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2868: Kedudukan : Aku rasa macam tak percaya dalam amal

:salam
Apakah kedudukan ayat tersebut dalam amalan seharian kita? Contoh mudah: kita menjadi seorang muslim..."aku rasa macam tak percayalah aku dah jadi seoarang muslim."
Contoh lain, sewaktu hendak berbuka puasa
"Cepat betul masa berlalu, aku rasa macam tak percayalah boleh berbuka puasa".
Sesunggnya setiap amalan itu bergantung pada niat. :spamafote

Re: SJ - 2868: Kedudukan : Aku rasa macam tak percaya dalam

:wassalam
Jawab:
Seeing is beleiving bermaksud kena lihat sendiri baru percaya. Atau Iklan BCB, “kenapa..tak percaya aaa? “
Begitulah kekadang hidup kita ni memang dipenuhi dengan sesuatu yg di luar dugaan. Pemilihan Nabi Muhammad saw adalah suatu yg sukar dipercayai kerana nabi2 sebelum ini adalah dari bangsa Yahudi; peristiwa Isra’ dan Mi’raj juga suatu yg sukar dipercayai..kita yg akan mati dan menjadi tanah tentu sukar dipercayai akan dibangkitkan semula.. zaman penjajahan kita jangkakan sudah tamat, tapi percayakan kita bahawa Palestine masih terjajah, Iraq pula terbaru yg dijajah,
Begitu juga Panelis Fiqh di ruangan ini thtl dan kamin misalnya adalah bukan lulusan agama jauh sekali dari alAzhar atau Medinah..sukar dipercayakan?
Tanda2 Kiamat baik yg besar dan kecil semuanya sesuatu yg sukar dipercayai…tapi kita tunggulah kebenaran petunjuk2 Nabawi mengenai masa depan…
Jadi bagi kita setakat sukar dipercaya kerana keajaiban dan ketakjuban kita pada sesuatu fenomena alam adalah suatu yg lumrah bagi manusia. WA

Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat. Statement ini benar dari bersumberkan hadis Umar alKhattab yg dikeluarkan oleh Muslim. Ia juga suatu yg amat sukar dipercayai kerana hanya dengan niat sesuatu yg asalnya adat boleh bertukar menjadi ibadah. Cthnya: mandi, jika kita mandi tanpa niat, maka ia jadi mandi biasa, tapi jika ada niat, boleh bertukar menjadi mandi janabah, mandi sunat hari raya dan mandi sunat hari Juma’at dengan mandian yg sama, dan air yg sama? hanya dinaiktaraf kepada mandi ibadah hanya dgn NIAT saja. Amazing kan? WA