SJ - 2987: What is His Name? GOD

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2987: What is His Name? GOD

:salam
Soalan saya kali nin agak berlainan, tapi saya amat memerlukan pandangan daripada mereka yang arif. Soalan yang sama telah saya utarakan kepada banyak pihak, namun cuma seorang yang berani menjawab walaupun tidak sepenuhnya, iaitu Mufti Ibrahim Desai dari Afrika Selatan. Seorang Prof dari UKM turut menjawabnya tapi cuma sebahagian sahaja. Saya utarakan pada pihak al-ahkam kali ini, semoga dapat memanfaatkan kita semua.

http://www.thereligioustruth.com/whoisallah.htm

Link di atas adalah article tulisan seorang muallaf yang boleh didapati di dalam berbagai halaman web yang dianggap essential reading. Sekiranya dapat dilawati halaman itu.

Soalan saya, article tersebut menyebut bahawa 'Allah' ialah 'Tuhan' dalam bahasa Arab, bersamaan dengan 'God' dalam bahasa Inggeris, "Elohim' dalam Ibrani/Hebrew, 'Alaha' dalam ajam/Aramaic.
Apakah Nama Tuhan yang sebenarnya, atau cukupkah kita sekadar mengakui kebesaranNya dan mempercayai semua sifat Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma-us-SifatNya?
Soalan seterusnya (minta maaf kerana dua soalan dalam satu posting - tapi ianya berkait).
Adakah puak Yahudi dan Nasrani menyembah Allah? Diakui mereka kafir kerana tidak menerima kerasulan Muhammad s.a.w, tapi mereka memanggil Tuhan dengan nama yang lain dan tidak mengakui yang Allah adalah Tuhan mereka (walaupun pope sendiri mengakui bahawa Tuhan orang islam adalah Tuhan bagi semuanya).
Saya ajukan soalan ini adalah kerana yahudi memanggil Tuhan dengan nama Yahweh (berakar umbi dari YHWH -tetragammaton yang kononnya terdapat dalam kitab Taurat), manakala nasrani dengan Jehovah (versi English untuk Yahweh). Menurut Syeikh Ahmad Deedat, YHWH adalah versi Ibrani untuk Ya Huwa ('Wahai Dia' dalam bahasa Arab).
Adakah memesongkan aqidah seorang muslim jika mengatakan bahawa Yahweh dan Jehovah itu merujuk kepada Allah s.w.t?
Perlukan penjelasan.

(Disertakan jawapan Mufti Afrika Selatan.
QUESTION:
1. Is it blasphemous for a muslim to say that what the Jews and
Christians call Yahweh (YHWH) or Jehovah is the same God that we
muslims
refer to as Allah?
2. Did \'YHWH\' really appear in Taurat as said by the Jews and
Christians? Help me on these please. Wassalamualaikum warahmatullah.

Respected Brother-in-Islam
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuhu
To the best of our knowledge, Jehovah is the same as God, which we
Muslims call Allah.
and Allah Ta'ala Knows Best

Mufti Ebrahim Desai
FATWA DEPT.

:confused: :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2987: What is His Name? GOD

:wassalam
AlAhkam bersependirian dengan Mufti Afrika Selatan dan kami banyak melihat kitab2 kajian agama2 Samawi spt Prof Ismail Raji alFaruqui, Islam and the Problem of Israel, Islamic Council of Europe, 1980 bahawa agama Samawi diikat dgn konsep Tuhan yg satu, Allah, God dan Elohim. Allah bahasa Arab, God Inggeris dan Elohim adalah bahasa Ibrani (Hebrew tua).
Contohnya nama2 Nabi, Isa dalam bahasa Arab, Jesus dalam bahasa Inggeris. Moses (Musa), Abraham (Ibrahim), Lot (Lut), Solomon (Sulaiman), Mary (Maryam). Hubungan antara Islam-Judaism dan Kristianiti memang kuat dan penganut agama langit ini dinamakan ahlil Kitab (people of the book), makanan mereka halal dan wanita mereka yg suci boleh dinikahi tanpa penukaran agama. Ini menunjukkan GODship atau ketuhanan itu dikongsi bersama. WA