SJ - 3027 : Memeluk Islam

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3027 : Memeluk Islam

:salam
Apakah yang seharusnya dibuat jika non muslim ingin memeluk islam. Umurnya baru 16tahun. Abangnya telah memeluk islam.Abangnya pulak umurnya 20an. Mereka nie telah tidak diterima oleh anggota keluarga mereka.
Apa yang ana tahu, memeluk islam tidak harus ditangguh-tangguh. Oleh itu bagaimana?
Incase, dia mahu masuk islam apa yang ana perlu buat?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3027 : Memeluk Islam

Alhamdulillah. Terima kasih diatas soalan al-huda diatas dan kami akan cuba menjawabnya dengan kemampuan yang ada, Insyaallah.

Apabila seseorang itu mempunyai keinginan untuk masuk Islam, adalah menjadi tanggung-jawab kita menasihatkannya agar tidak menangguhkan permintaannya. Didalam buku al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah (2/309) menjelaskan kenyataan ini :-

[="#0000ff" size="3"]ÃáíÓ ÇáãæÊ ãÍÊãáÇ Ýí Ãí æÞÊ ¿ ÅÐÇ ßÇä ÇáÌæÇÈ äÚã ¡ ÃáÇ ÊÑì Ãäøå ãä ÇáÎíÑ áß Ãä ÊõÈÇÏÑ ÈÇáÅÓáÇã ÝæÑÇ ¡ ÍÊì ÅÐÇ ÍÖÑ ÇáÃÌá Ýí Ãíø æÞÊ ÊáÞì Çááå æÃäÊ Úáì Ïíäå ÇáÅÓáÇã ÇáÐí áÇ íóÞÈá ÛíÑå æÎíÑ ÇáÈÑø ÚÇÌáå
"Bukankah mati itu bila-bila masa? Jika jawapan adalah ialah :YA, apakah tidak kamu lihat perkara yang terbaik untuk kamu ialah meneruskan untuk masuk Islam dengan segera, agar jika masanya telah tiba, anda akan menemui Allah sebagai pengikut AgamaNya - ISLAM, dan Tidak menerima selain dari agamanya, sebaik-baik perbuatan baik itu dilakukan tanpa di tangguh".

Mengenai persoalan takut jika ibu-bapa tahu, ulama' membenarkan seseorang itu memeluk agama Islam secara rahsia, iaitu tanpa pengetahuan mereka. Allah swt tidak akan menghampakan hambanya didalam menjalankan kewajipan mengabdikan diri kepadanya. Hendaklah mereka melayan ibu-bapa mereka dengan baik.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu diambil apabila seseorang itu memeluk agama Islam, diantaranya yang utama ialah :-

1. Mengucap dua kalimah Syahadah dengan semampu mungkin. Sebutan huruf arab dan mahraj yang sempurna tidak diperlukan pada ketika itu. Boleh menggunakan translitrasi huruf rumi bagi bacaan syahadah tersebut.

2. Setelah mengucap syahadah, seseorang itu perlu melakukan mandi wajib, membersihkan diri agar dapat menunaikan solat fardu apabila masuk waktu yang terdekat. Dalilnya boleh lihat di url dibawah ini:-

SJ - 3124: [Z] Mandi bagi baru masuk Islam.

3. Jika belum mempelajari cara-cara bersolat, maka hendaklah sahaja menturuti apa yang dilakukan oleh Imam. Apa yang perlu dibaca pada waktu pergerakan solat ialah membaca Allahu Akbar [="#0000ff" size="4"](Çááå ÃßÈÑ ). Semasa berdiri (qiam), rukuk, sujud dan duduk diantara 2 sujud adalah memadai membaca ""subhaan allaah wal-hamdu lillaah wa-laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar" [="#0000ff" size="4"](ÓÈÍÇä Çááå æÇáÍãÏ ááå æáÇ Åáå ÅáÇ Çááå æÇááå ÃßÈÑ). Dan selesai solat dengan memberi salam ke kanan dan kekiri dengan menyebut "Assalamu'alaikum" [="#0000ff" size="4"](ÇáÓáÇã Úáíßã ).
Kemudian barulah diikuti dengan kuliah-kuliah susulan yang banyak sekali dianjurkan oleh badan-badan dakwah seperti PERKIM, ABIM Out-Reach dsb. Wallahu 'alam.

wassalam.
----------
Rujukan :-

1. Sheikh Salih Al-Munajjid. [="#800000" size="3"]íÑíÏ ÇáÅÓáÇã æáÇ íÚÑÝ ÇáÚÑÈíÉ . url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=378&dgn=4&dgn=2

خيرالأمين