SJ - 3040: [Z] Salam Ahli Syurga

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3040: [Z] Salam Ahli Syurga

:salam

Saya dulu pernah terbaca mengenai satu cara memberi salam yg tidak digalakkan cthnya: bila kita berjumpa rakan2 kita, kita beri salam "Assalamualaikum ya ahli syurga!". Ada tak dalil yg berkaitan dgn kes ni? Dulu saya pernah diberitahu perihal Rasulullah yg menegur sahabatnya bila memberi salam mcm tu.. boleh ustaz clarify.. dan kalau bleh minta disertakan dalil or hadith yg berkenaan.. JZK..

:bunga

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Salam Ahli Syurga

:salam

ÇáÓáÇã Úáíßã íÇ Ãåá ÇáÌäÉ (Assalamualaikum Ya Ahli Syurga) ucapan sebegini adalah janggal. Ucapan sebegini menunjukkan seolah2 rakan2 kita itu dah confirm masuk syurga. Bukanlah hendak bersangka buruk tetapi hakikatnya salam sebegini tidak mengikut salam yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W.

Salam adalah salah satu bentuk penghormatan dan doa. Kita tidak perlu berlebih dalam hal ini cukup sekadar mengikut panduan yang digariskan oleh fuqaha.

FirmanNya:
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa) sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu".(Surah An-Nisaa’: Ayat 86)

Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Sunni dari Abu Umamah, beliau berkata: "Nabi Muhammad S.A.W) memerintahkan kepada kami supaya menyebarkan salam".

Dalam kitab Al-Azkar karya Imam An-Nawawi dijelaskan tentang kaifiyyah/tata cara dalam salam. Di saat seseorang mengucapkan: "ÇáÓáÇ ã Úáíßã Assalaamu'alaikum", (salam sejahtera semoga Allah limpahkan padamu)maka jawabnya adalah: " æ Úáíßã ÇáÓáÇã æÑÍãÉ Çááå Wa 'alaikumus salaam warohmatullah"(dan salam sejahtera semoga Allah limpahkan juga kepadamu beserta rahmatNya). Sedangkan bila yang menyapa mengucapkan: " ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå Assalaamu 'alaikum warohmatullah",(salam sejahtera semoga Allah limpahkan kepadamu beserta rahmatNya) maka jawabnya:" æÚáíßã ÇáÓáÇã æÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå Wa 'alaikumus salam warohmatullaahi wa barokaatuh".(dan salam sejahtera semoga Allah limpahkan juga kepadamu beserta rahmat dan keberkatan-Nya). Sedangkan bila yang menyapa mengucapkan: "Assalaamu 'alaikum wa rohmatullaahi wa barokaatuh",(salam sejahtera semoga Allah limpahkan kepadamu beserta rahmat dan barokah-Nya). Maka jawabnya adalah: "æÚáíßã ÇáÓáÇã æÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå æãÛÝÑÊå æÑÖæäå Wa 'alaikumus salaam warohmatullaahi wa barokaatuh wa magfirotuh wa ridhwaanuh."(dan salam sejahtera juga semoga Allah limpahkan kepadamu, berserta rahmatNya, barokahNya, pengampunanNya dan keredhaanNya).

Cuba beza lafaz kepada non-muslim agak berbeza. Larangan Nabi mengucapkan salam sejahtera ke atas non-muslim.

Dari Anas bin Malik R.a bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Jika diberi salam kepadamu seorang ahli kitab(yahudi dan nashrani) maka jawablah: " æÚáíßã wa'alaikum." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3040: [Z] Salam Ahli Syurga

:wassalam

Jawapan telah diTas-hih